Thursday, April 29, 2010

...Dear...

2 comments
1. First time jumpa your hubby bila dan kat mana?
Kat Utem..time tu ktorg join Senamrobik...thanks to En. Pengajar yg aku terlupa namanya kerana mengkenen2kan aku dgn dia..hehe...

2. Love at first sight?
Lambat sket jatuh cintanya...sebulan lepas kenal...Jatuh cinta masa nmpak dia memapah kwn dia masuk keta...membe tu br lepas landing bawah bas(accident)...hehe...

3. Who is he when the 1st time you met him?
Mr. Skema...

4. How long does it takes for him to ask you out for a date?
A casual lepak not that long. A date?A month after lepak ramai2 tu...A MONTH!!lama siot..

5. First place dating?
Dalam bas nak g Melaka Parade..kah kah kah...

6. How he proposed?
Beginilah katanya..."Yang...Oja dah kawen dah...Jom r kt kawen cepat sket..."..disitulah bermulanya...kih kih..(kredit to my fren Oja n Syaida..sbb korg le aku kawen awal..haha..)

7. Special date with your hubby?
14 Mac..tarikh kami ber'couple'..tp aku xdpt buat apa2 majlis pun time tarikh tersebut...waaa..sedey...

8. Changes that he asked you to do?
Ada..."yang,cuba cakap slow2 sket"...hehehe..tu yg selalu aku kena le...

9. What is it about him that you love so much?
Suka tgk dia merepek..pastu suka gile bila dia buat muka hamster...nak tgk mcm mana dia buat??korg suruh r dia buat nnt..comel..sama giler dgn hamster...haha..

10. What is it about him that you wish he would change?
Ketinggian..hahaha...selain tu xde kot...he is the best guy i ever met...

11. You will lose your mind and crack your head when he..
...is not around.

12. You will smile through your eyes for the whole day when he....
...is just being him.

13. Complete below sentences,
"My love towards my hubby is as big as....all the love in the world that I could cherish him."

Sekian utk post kali ni...aku nak tag setiap org yg baca post aku ni...sila buat...jgn nak lari...hehe...

..Anak Comelku...

8 comments
setelah penat berjalan dr blog ke blog,aku jumpa satu website yg best...bkn apa...aku ni mmg suka sgt tgk website yg merepek sket...haha...

kat website ni, dia bg tgk muka anak kt..guess what...dorg akan cantumkan gmbr kt n pasangan pastu wujudkan satu gmbr dr 2gmbr tersebut...

:: Si Dia ::

:: Si Aku ::

kemudian..hasil anak kami berdua nnt adalah....

Baby of 1a.jpg and 4.jpg
:: Jasmin??ahaks... ::

hehehe...comelkan??tp byk ikut muka wan le plak...rambut pun kerinting...huhuhu...nmpknya,1st baby aku adalah girl(doakan aku ek..)...bley mula cr nama ni...hehehe...

...Jari Manis...

0 comments
Ada sesorg bertanya kepada aku...napa kalo kt sarung cincin lepas nikah,mesti kat jari manis...kesian jari lain..ermmm...semestinya aku xdpt nak jawab soalan tu...tp setelah membuat research yg teliti, aku menjumpai sebab musababnya...sila baca cik yg bertanya...hehe...


Mengapa Cincin Pernikahan Harus Ditaruh di Jari Manis??

Ikuti langkah berikut ini, Tuhan benar2 membuat keajaiban (ini berasal dari kutipan Cina)

1.Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam
2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya.
3. Permainan dimulai, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisahkan...
4. Cobalah membuka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari bisa dibuka karena semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
5. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.
6. Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.
7. Selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita mearuh cincin perkawinan anda, anda akan heran karena jari tersebut tidak akan bisa dibuka. Karena jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain.


Real love will stick together ever and forever
Thumb represent parents
Second finger represent brothers & sisters
Centre finger represent own self
Fourth finger represent your partner
Last finger represent your children

sangat menyentuh perasaan naluri ku...aku sudah mencubanya..mmg susah jgk r nak membuka jari manis tu...hmmm...semoga aku dan dia bersama hingga ke akhir hayat kami....

..Bunga Tangan..

0 comments

Aku pernah berjanji dgn seseorg yg aku akan buatkan dia bunga tangan kalo dia kawen seminggu selepas aku...tapi janji tu aku buat time aku study dulu...mmg dah lama giler..tapi...Tuhan penentu segalanya...sememangnya beliau kawen seminggu selepas aku menamatkan zaman bujangku...agak terkejut perkara tersbut berlaku...semuanya xdirancang..tiba2 masa berjumpa,dua2 bgtau tarikh..warghhh...sgt terkejut...tp aku pasti minah ni dah lupa janji aku tu...

sememangnya dia lupa...kih kih kih...aku baru je lepas tnya dan dia xingt apa2...haha..sengal betol la...disebabkan janjiku sudah termaktub,aku terpaksa le belajar cara2 nak buat bunga tgn...bley buat utk diri sendiri jgk...hehe...

Dressing the Bouquet: Fabric and Ribbon Square-Ends

Fabric Square-End How-To

1. Arrange bouquet; wrap and tape stems together. Center the stems on a piece of fabric; cut material so it extends 3 inches on either side of stems and 2 inches below bottoms. Fold the bottom of fabric up over stem ends.



2. Slide bouquet to one end of the fabric. Wrap stems, continuing along the length of material; fold edge under; secure with decorative pins. To complete the look, use a coordinating ribbon to tie a bow at the base of the blooms.



Ribbon Square-End How-To
Arrange and wrap stems. Choose a ribbon that's a little wider than the stems' circumference.

1. In back of bouquet, about one inch from the bottom of stems, secure one end of ribbon with a pin. Bring ribbon under stems and up front side; pin to secure.



2. Fold ribbon back over itself diagonally, and wrap stems, spiraling upward to base of blooms. Fold edge under, and secure with two decorative pins. Millinery flowers are a nice addition to this gingham ribbon. Using thin ribbon, make crisscrosses down length of handle and tie, leaving enough ribbon at ends to make streamers; tie on two additional streamers. Attach flowers at points where ribbon intersects and at ends of streamers.



nak tau sapa yg bertuah tu??hehe..kalo ko terbaca post aku ni,mesti ko akan tersenyum...well...insan yg bertuah itu adalah cik Nurunnadiah Bt Hasib...hehehe...lain kali aku kena jaga mulut aku ni...kadang2 benda yg kt rs xmungkin terjadi tu la yg akan terjadi...kah kah kah...padan muka aku...

ps:mana nak cr bunga hidup yg murah ek??nak kena beli byk ni...hihihi...

...Sikap Perempuan yg Buat Lelaki Menyampah..

1 comments
Aku berjalan2 dr blog ke blog..tetiba aku nmpk sesuatu yg menarik.. Jadi, aku mengambil kesempatan ni untuk berkongsi pulak dengan korang kenapa orang perempuan buat camtu. aku copy paste je...malas taip..haha...Jadi.. Jom cekidauttt....



1. Kena tipu

Bukan saja lelaki, perempuan pun menyampah dengan si kaki penipu. Menipu tak semestinya berkaitan hal yang besar² je, perkaca kecik pun orang boleh tipu. Itu memang betol buat kita rasa menyampah. Apa salahnya jika bersikap jujur..tak rugi pun kan. Malah orang lagi suka ade la. Kadang², ada sesetengah orang ni..sudah menjadi hobi untuk menipu sana menipu sini. Kalau tak menipu, rasa hidup tak sempurna. Tapi menipu untuk kebaikan rasanya "boleh" kot. Yela..kalau tak tipu, nanti gaduh besar la, ape la..jadi tipu la sikit².hehehee *jangan amalkan


2. Membebel




Wanita memang sinonim dengan sikap suka membebel. Tak suka itu membebel, tak suka ini pun membebel. Kadang2 sikap suke membebel ini juga membuatkan lelaki rasa menyampah. Nak membebel boleh, tapi biarlah kena pada masanya. Bukan 24/7 kejenya asek membebel je..naik rimas jugak la kan telinga yang mendengar. Kalau benda kecik tu, lebih elok jika diselesaikan dengan cara aman damai tanpa sebarang gangguan bunyi. Tapi biasanya perempuan membebel kerana kebaikan jugak, kami tak membebel saje² yea.


3. Ganggu waktu tidur

Ada sesetengah lelaki memang pantang waktu tidur mereka diganggu. Yup memang betol, waktu tidur tu la masa kita untuk merehatkan badan dan kalau boleh waktu tidur tu harus dinikmati dengan sepenuhnya.Kalau setakat nak kol sebab nak bagitau miss u, love u tu..tak payah la kot..hehe. Tapi, kalau dah tidurnya lebih dari 12 jam tu..elok la kejut cepat², mana la tau kot² jadi apa² ke kan. Yela..mana kita tau. Konon tak nak ganggu waktu tidur beliau, jadi biarkan je la kalau nak tido sampai sehari suntuk pun. Itu tak elok ye. Sila kejutkan cepat².. =P


4. Hobi di kritik

Hahaa..tang ni aku pun suke mengkritik jugak kadang². Tapi ketahuilah, walau seteruk mana pun kritikan anda tu..kalau mereka nak buat, tetap mereka buat jugak, dah hobi. Kalau suke memasak, kritik la cemana pun..takde nyer beliau nak dengar. Jadi..sebagai cara penyelesaianya, terima je la. Walaupun dalam hati.."tak best pun die masak, mesti mamat ni jadi lembut pasni..huh". Kritik bukan sebab kita tak suka, cuma kadang² mereka tak pandai menguruskan masa untuk hobi dan perkara² penting yang lain. Itu yang kita mengkritik..tapi sebenarnya kita nak menegur..betul tak akak² cantik?


5. Mendesak

Mendesak tu takde la desak sangat kan..cuma perempuan ni tak suka dengan lelaki yang suka melengahkan sesuatu kerja. Sebab berdasarkan pengakuan abang² macho, merangkap kawan², abang², pakcik²..mereka semua mengakui bahawasanya mereka memang suka berpegang kepada perkataan "rileks² suda". Haiyooo...susah woo. Disebabkan mereka suka rileks² la yang membuatkan orang perempuan kadang² sakit jiwa raga jugak. Jadi..orang perempuan tak teragak² la mendesak abang² macho semua.


Kami buat semua di atas adalah kerana bersebab..bukan saja suka². hehehee..peringatan kepada semua bakal2 isteri dan utk aku jgk...aku mmg suka membebel,ganggu org tido n mengutuk hobi dia...adusss...harap2 perangai dpt berubah...

..Kawan...

0 comments


Semua orang ada kawan...aku pun ada kawan. Ada kawan yang boleh dipanggil sahabat,ada kawan time senang saja, kawan time susah, ada kawan yang semata² untuk meramaikan kawan, ada kawan makan kawan, ada kawan yang nak mengambil kesempatan, kawan yang "busuk hati", ada kawan yang dulunya rasa die tak baik tapi bila dah kenal rupanya die baik, ada kawan yang "mulut longkang", ada kawan yang tikam belakang dan macam² lagi la spesis kawan ni. Kalau nak senaraikan, sampai sudah pun tak habis. Yelaa..manusia nokkk, bermacam² ragam.




Ada kawan yang tak senang melihat kita hepi. Yee..memang ade!! Aku rasa korang mesti pernah berhadapan dengan spesis kawan yang macam ni. Kalau tumpang hepi takpe la jugak, ini tak..kau sebok mengata itu dan ini. Normal la kan..mulut tempayan boleh la nak ditutup. Ini kan mulut manusia..pun boleh ditutup. Ambik je gam cap gajah dan lekat je kat mulut beliau itu Tak pun, pergi je kedai runcit beli jarum sebatang dan benang seketul, pergi jahat mulut yang celupar itu..abes cite.


Jika hari ini aku berlari,
Ingatkan aku tentang adanya duri,
Jika satu hari aku disakiti
Dapatlah ku sedari, kesakitan itu bukanlah hakiki.


Kalau dah namanya busuk hati tetaplah busuk hati jugak. Tak hari ini, esok lusa pasti si kawan tu duk mengata. Yela..dah jadi hobi kot. Kalau hati yang busuk tu boleh dicuci pakai sabun daia ke, softlan ke...dah lama dah kita semua buat camtu kan? Jadi..mungkin takkan ada lagi manusia yang busuk hati atau sewaktu dengannya. Dan kalau lah dengan perkataan maaf itu boleh menghidupkan yang mati, boleh mengembalikan apa yang telah tiada, rasanya tak perlu la kot adanya polis, mahkamah, penjara dan segala. Apa kata kita maafkan semua kesalahan penjahat² tu buat. Dan hanya perlu berkata "biasalah..manusia kan mana ada yang sempurna. Kita maafkan saja mereka".

Ye betul..pengajaran itu penting, tapi yakinkah kita bahawasanya manusia itu belajar dari kesilapan yang pernah dilakukan? Jawapannya TAK semua. Kalau ada pun 10% je kot. Jadi..belajarlah jadi manusia dan kawan yang baik walaupun tidak sempurna. Dan jangan kerana mulut yang longkang..badan yang jadi binasa. Sekian. =)

...Pantang Larang Sebelom Kawen...

0 comments
hmmm...disebabkan tarikh perkahwinan aku semakin dtg menghampiri dan menyempitkan lg otak aku yg dah mmg sedia serabut dgn masalah2 yg sbnarnya aku xpayah pikir pun...hahaha..merepek mende la aku ni...
3minggu lagi tarikh keramat tu akan tiba...tarikh yg bakal mengubah status kedaraan aku..kih kih...
kat sini aku nak share something utk kwn2 aku yg bakal jd pengantin jgk...korg ikut la petua ni ek..aku xikut...hahaha...

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
2. Jangan tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.
3. Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.
4. Jangan makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.
7. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
8. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.
11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.
14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.
17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
19. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.
21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.
24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
26. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
27. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
28. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
29. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.
32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.
33. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
36. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
41. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
43. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Kebanyakan pantang larang ini tidak diamalkan lagi dan ini hanya untuk pengetahuan dan rujukan sahaja.

Monday, April 26, 2010

...Yang Terindah Dalam Hidupku...

0 comments

Semenjak kau hadir dalam hidupku..

Tiada lagi keresahan..

Kau mengetuk pintu hatiku..

Tanpa sedar hingga kuizinkan..

Kau yang bernama cinta..

Kau yang memberi rasa..

Kau yang ilhamkan bahagia...

Hingga aku terasa indah...

Maaf jikaku tidak sempurna..

Tika bahagia mula menjelma..

Bila keyakinan datang merasa...

Kasih disalut dengan kejujuran...

Mencintai dirimu...

Merindui dirimu..

Memiliki dirimu..

Hingga akhir hayat bersama kamu..



Friday, April 2, 2010

. Preparation .

7 comments

tarikh dah nak dekat...
dalam sebulan lebih je lg ni...
aku masih lg selamba...
selamba mcm xde apa2 je nak jadi...
tp kekadang aku cuak jgk...
mana le tau...ada apa2 jd time majlis tu nnt..
pelamin dah cr...murah jgk r...
rm900 je...siap dpt 3pasang baju lg...
baju khatam quran,sanding dgn potong kek skali...
:: Rumah sebelah aku kaler oren ::

:: Sebelah wan kaler ni,,::

:: Aku nak sgt pakai baju ni tapi mak aku kata seksi...lgpun badan aku xsesuai...waaa...nak sgt!!::

sory apis...baju pengapit tidak disediakan...
sila buat sendiri ek...hahha
kesian jgk kat si apis tu tp nak buat mcm mana...xde bajet r ke arah dia.....
kenduri mula hari khamis...
tapi aku dgn selambanya blik kmpg hr khamis tu...
hehehe...
tp nak buat apa blik cepat...
mak aku pun xbg aku buat apa2...
hr tu time aku blik kmpg, rupa2nya dah setel semua...
gift nak bg tetamu pun dah siap...
tp xpacking lg le...
harap2 aku sempat le tolong pack kan...huhu...
cuma yg xsiap lg adalah baju nikah aku...
mak aku selamba kata nak jahit sehari sebelum nikah.,..
dia takut aku gemuk...
waaa....kalo xsempat mcm mana??huhu...


kad ah siap cuma belom bg org je lg...
bln5 nnt br nak mula bg...
kad aku design sendiri...
pastu hntr printing...
so, mmg cun r...
cun pada mata aku je la...
hehehe...


apa lg ek...erm...ha...
akhirnya aku dpt jgk merealisasikan impian aku...
aku dpt amik si razif tu jd cameraman aku...
sgt seronok...
nasib baik xmahal sgt dan masih mampu dimiliki...
hahhahaha...

wan dah cr cincin n gelang utk nikah...
well...mesti r aku yg pilih...
jahat la aku ni...hahaha...
actually, cincin utk wan pun aku dah beli...
so, xde r aku ni jahat sgt...
disebabkan wan xnak emas putih....
suasa plak ada 40% gold...
aku pun xtau nak belikan dia silver atau platinum...
sbb tu je yg xde langsung kandungan emas...
aku pun buat keputusan...
keputusan yg mengikut bajet aku serta mengikat perut aku ni...
belikan le platinum...
adoi...sungguh lumayan harganya...
tp xpe r...demi utk si dia.,.


honeymoon...
dah dibuat research...
aku nak g tioman...dah lama nak g...
wan pun xkisah...
aku pun beria r booking...
sekali wan suruh cancel sbb dia ada tempat lg best...
kecewa siot...
aku mmg nak sgt amik kat resort tu...
tp nak buat mcm mana kan...
dah mmg wan ada kuasa veto...
kalo aku bantah nnt, aku jgk yg kena pujuk...
last2, resort yg wan booking tu adalah resort yg aku nk g sgt tu...
:: Sun Beach Resort::
cuma wan terus booking utk honeymoon pakej...
konon nak buat surprise kat aku...
tp jadikan aku reference dia...
sekali resort tu call aku nak buat pengesahan...
habis kantoi semuanya....
tp smpi skrg pun wan xtau yg aku dah tau benda ni...
aku suruh budak yg call tu senyap2 je...
nnt aku pura2 r berlakon terkejut...hahahaha....
lawak betol la si wan ni....


perasaan??
cuak+cuak+cuak....
xde yg ada melainkan cuak....
ada ke perasaan best??
meh sini aku rasa sket....
waaaa....xde...
semuanya perasaan takut...
takut utk jd bini org...
takut sbb aku xmatang lg...
takut aku akan jd lg garang...<-xberasas.. tp semua yg dah kawen kata best... nas...syaida...noey....
tp kena ada tanggungjawab.... tu je la...
pastu yg paling xbest adalah.....
aku xdpt kuar dgn guy lain lg!!!
selamat tinggal fahrinku....hehehe..

apa2 pun, aku xsabar nak tgk citer Supernatural sama2 dgn wan nnt...
nak suruh dia jumpa dgn kekasih hatiku...Dean...hehe

:: Doaku semoga hubungan berkekalan...::