Monday, December 24, 2012

My Precious 10 Minutes

0 comments

encik boss baru lepas call td..tp xbley ckp lama..bley ckp 10minit je sbb kat belakang dah ada org tunggu turn nak tipon bini dorg..masa diperuntukkan utk sorg call 10minit je..huhuhu..

mmg skjp..xlama..tp 10 minit tu mmg paling berharga utk membuatkan aku senyum hari tersebut..bkn senang nak dgr suara beliau..10 minit tu la time encik boss pesan jangan lupa makan,jgn lupa solat,jgn lupakan dia..dlm 10 minit tu jgk masa utk dia usik aku,bergurau sket2,kutuk2 aku...hanya utk 10minit...

ramai yg tanya kenapa aku je xcall encik boss terus..enpon xbley bawak naik ke pelantar sbb risaukan spark dihasilkan dr signal enpon bley meyebabkan letupan atau kebakaran..nauzubillah..sbb tu time kt isi minyak,kt xbley guna enpon..takut merbahaya..tp ada je yg degil n bwk jgk..tp masalahnya,kalo 18jam dr laut tu,mana ada signal..xde maknanya jgk bwk tipon tu..huhu

mcm mana kalo time encik boss call,aku xdgr?aku kena tunggu utk besok le plak...sbb tu kalo tipon berbunyi,walaupun aku tgh berak skalipun,aku akan kluar utk angkat..sbb tu le sumber senyumanku..
tp bila bad weather spt skrg ni..laut bergelora n kapal xstabil..encik boss xdpt tipon aku...sbb wayar tipon dr pelantar ke kapal terpaksa diputuskan..jd kena tunggu laut tenang blik br bley buat sambungan ataupun encik boss dpt g ke pelantar..pernah satu masa tu 10hari tanpa khabar berita..hnya dpt private msg guna fb..tu pun curi2 guna semata2 nak bgtau dia xdpt call aku..msg fb yg aku xkan buang selamanya...msg tu yg aku baca kalo dia dah lama xdpt call aku..buat sedapkan hati aku..huhuhu

hr ni br dia dpt tipon selepas 3hari dia xdpt call aku...excited giler...rs mcm semua nak ckp..mcm2 nak ckp..tp kena jgk bg peluang dia nak citer..huhu..so,sorg dpt le dlm 5minit utk bercerita hal masing2...
encik boss dah call n bgtau kat sana bad weather..dia mintak aku doakan dia selamat..insya Allah..mungkin besok dia xdpt call..tp kalo laut tenang,dia akan call jgk...aku tunggu je la...huhu...aku dh dpt my precious 10minutes..syukur alhamdulillah kerana Allah beri balik senyuman aku.. :)

Saturday, December 22, 2012

0 comments

Aku baru buat appoinment utk serius berusaha mendapatkan anak..xtau le mcm mana doc akan suggest nnt..berdebar le jgk walaupun 21.1.2013 nnt br g jumpa doc..hehehe..
sangat lawak perasaan ni..mcm2 bercampur aduk..antara takut,excited n seram2 sket..hr tu call mak n tnya pendapat dia tentang rawatan yg aku bakal jalankan..sama ada IUI mahupun Ovarian drilling..mak sokong 100% walaupun aku tau dia risau dgn aku...yg buat hati aku sedey tu,mak aku ckp..kalo apa2 jadi,balik le kampung..takut nnt xde sapa nak jaga kat KL..waaaa...susahnya mak aku nk jg aku ni..dr kecik smpi besar ni dok kena dengar masalah aku..hihihi
Aku harap sgt time appoinment tu wan ada n x g offshore..aku ni dah r kelam kabut sket..nnt xpaham plak apa doc tu ckp...hehehe..oh ye..aku bakal buat treatment tu kat hukm..jumpa dgn prof Hashim..cousin wan yg suggest..after jumpa prof tu la dia dpt twins...sepasang gitu..dorg suami isteri bersabar selama 5Tahun..syukur...
aku nk share treatment yg mungkin akan aku lalui nanti iaitu IUI..

lebih kurang camni la bila sperma dimasukkan dalam rahim

Ni antara soalan2 yang akan ditanya tentang iui....

Apa itu IUI?
IUI bermaksud ‘Intra Uterine Insemination', satu prosedur di mana sperma suami dimasukkan terus kedalam rahim isteri dengan harapan terjadi persenyawaan dan seterusnya kehamilan

Bagaimana IUI dibuat?
IUI sebenarnya adalah prosedur yang ringkas dan mengambil masa yang sekejap untuk di buat. Semasa IUI, satu kateter (tiub) berupa alat plastik kecil yang mengandungi sperma akan dimasukkan kedalam rahim melalui serviks. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 3 minit.

Bila dan dimana sperma akan di kumpul?
Sperma boleh dikumpulkan dirumah sekiranya rumah anda dekat dengan klinik anda. Botol steril akan diberikan dimana air mani akan dikumpulkan selepas ejakulasi. Untuk sampel air mani yang segar, ia hendaklah sampai ke klinik dalam masa 1/2 jam selepas ejakulasi. Sekiranya rumah anda jauh dari klinik anda, koleksi air mani akan dibuat diklinik.

Adakah sperma perlu di ‘cuci’ sebelum IUI?
Ya! “Sperm Washing’ perlu dibuat sebelum IUI. Ia mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sehaja ia dicuci, IUI akan dilakukan.

Adakah IUI dibuat sebelum atau selepas saya bertelur (ovulasi)?
Selalunya doktor akan membuat IUI disaat-saat ovulasi akan berlaku iaitu 24-36 jam selepas injeksi HCG, iaitu ubat yang bertanggung jawap untuk ovulasi berlaku. Jadi secara umumnya, IUI dibuat 6 jam sebelum ovulasi kerana sperma sebenarnya tidak tahan lama.
Ada juga doktor yang memilih untuk membuat 2 IUI dalam satu kitaran, dalam kes ini, IUI selalunya akan dibuat 12-48 jam selepas injeksi HCG dengan IUI sekurang-kurangnya 12 jam diantaranya.

Adakah jumlah sperma penting IUI?
Sekurang-kurangnya 5 juta sperma diperlukan untuk IUI. Sekiranya jumlahnya lebih rendah, peluang kejayaan juga rendah. Secara umumnya, 20 juta keatas adalah ideal untuk IUI.

Adakah IUI menyakitkan?
Ia tidaklah menyakitkan tetapi anda mungkin merasa sedikit rasa tidak selesa semasa kateter dimasukkan kedalam rahim dan ketidak-selesaan ini lebih kurang sama dengan ketidak-selesaan semasa menjalani ujian PAP.

Adakah saya akan hamil selepas IUI pertama kali?
Seperti juga persenyawaan melalui tabung uji, beberapa kitaran IUI diperlukan sebelum anda berjaya hamil. Ada doktor yang menyarankan dua kali IUI dalam satu kitaran untuk meninggikan peluang hamil. Sekiranya kehamilan tidak berjaya selepas beberapa kali mencuba, mungkin doktor akan menyarankan IVF atau Persenyawaan melalui Tabung Uji.

Bagaimana dengan kadar kejayaan IUI?
IUI secara semulajadi iaitu tanpa pengunaan ubat selalu mempunyai kadar kejayaan yang kecil iaitu 6%. Tetapi sekiranya mengunakan ubat dan injeksi ditambah dengan kehadiran folikel yang berganda, kadar kejayaan boleh mencapai 30%. Jumlah sperma juga boleh menjadi penentu. Sperma yang kurang kualiti memberikan kadar kehamilan yang lebih rendah.Secara keseluruhan, kadar kejayaan untuk satu kali cuba adalah diantara 15-20%.

Berapa cepat selepas IUI saya boleh mengambil ujian untuk kehamilan?
Disarankan untuk anda menunggu satu minggu selepas anda ‘missed period’ sebelum membuat ujian kehamilan.

Adakah sebarang risiko berkaitan dengan IUI?
IUI adalah prosedur fertiliti yang kurang memberikan tekanan kepada wanita kerana ia agak ringkas. Walabagaimanapun, ia juga mempunyai beberapa risiko termasuk sakit perut, pendarahan dan ‘spotting’, semasa atau selepas prosedur. Terdapat juga risiko untuk mendapat penyakit kelamin sekiranya suami ada adalah pembawa kuman tersebut. Penggunaan ubatan IUI juga boleh membawa risiko seperti kehamilan kembar, triplets, atau ovarian hyperstimulation syndrome, tetapi dengan pantauan doktor yang rapi,risiko sebegini kurang terjadi.

Apakah kos untuk setiap ujian IUI?
Kos IUI adalah berbeza dari klinik ke klinik dan ia juga bergantung kepada jenis ubatan yang diberikan sebelum IUI dibuat. Tetapi umumnya ia adalah diantara RM 550-800 tidak termasuk kos ubatan.

sumber: Portal Alamhamil



*seseorang hamba Allah yg mengingatkan aku supaya berusaha..jangan give up...masih ada jalan lagi...terima kasih sahabat kerana berjaya membuka mata aku walaupun dah ramai yg suruh aku buat treatment yg high risk ni....:)


Pengalaman Buruk

1 comments
pada aku,kalo setakat couple gaduh tepi jalan,gaduh dlm hujan n apa je aku mmg xde masalah langsung...tp hr ni mmg jadi sejarah aku r..aku nmpk dgn mata aku membe aku gaduh dgn bf dia smpi nak kena tumbuk..nasib baik aku sempat tarik si lelaki tu..kalo x,mmg membe aku mkn penumbuk dia..

citenya...ermmm...mcm mana nak mula ek..dorg nak kawen dua hari lg.so,biasa le..time2 nak kawen ni,dugaan mmg byk giler..mcm2 nak kena buat..lgpun dorg ni kena settle semuanya sendri..parents xtolong sgt sbb xsihat..ataupun org kl ni mmg xpeduli kot kalo anak2 dorg nak kawen..yg mana satu aku xtau la..

mulut couple ni mmg teruk sket..kalo gaduh tu,selamba je kluar mcm2 dr mulut tu..mula2 aku mcm takut jgk r tgk dorg gaduh..mamposs la..p**imak le..mcm2 le...aku ni kalo nek keta dgn org yg suka maki hamun keta depan pun aku cuak..aku susah nak dgr even perkataan f**k pun dr mulut kwn2 n husband aku..ni kena hadap org2 yg suka maki hamun ni..tp sbb membe,aku tahan jgk r..tp skrg dah bley terima sket2..

aku mmg tolong dorg buat preparation kawen..aku kesian tgk dorg kehulu hilir nak prepare mcm2..tp susah le kalo masing2 xmau mengalah..bila gaduh,dua2 nak mennag..aku xtau le dorg akan dpt apa kalo menang..adoiii...

ok..habis le citer tu..td time aku nak hntr awek ni balik sbb laki tu merajuk,entah mcm mana lelaki tu dtg..xnmpk plak dia time ktorg nek keta td..pintu keta plak xkunci..lelaki tu grab kepala perempuan tu n tolak pempuan tu ke tanah..jln tar ok..sakit kot..time tu aku mmg tergamam..xtau nak buat apa2..sampai si pempuan tu jerit kuat2.."MAZNI!! TOLONG AKU!!" baru aku tersedar...aku terus tarik tgn lelaki tu n tolak dia ketepi..kalo aku lmbt je sket,mmg membe aku tu mkn penampar or penumbuk je..membe aku tu terduduk kat tepi keta..mamat tu pun maki hamun xhingat org keliling..time tu mmg aku pegang lg lelaki tu sbb dia mmg tgh keras je nak hayun penumbuk..aku suruh dia istighfar byk2..sambil aku pun istighfar jgk..aku dah nangis2 dah time tu..giler kot nak buat kawan aku gitu..kalo ye pun bengang,jgn r smpi buat mcm tu...bila dah cool sket,aku tolak lelaki tu duduk..pastu aku angkat membe aku msk keta..terus aku kunci keta tu..takut mamat ni buat tindakan pelik lg...

aku pun slow talk kat lelaki tu..mcm2 le aku nasihat..tp aku xingt apa aku ckp..yg aku tau aku nangis2 kat situ..aku menggeletar giler time tu..dlm pada tu aku takut jgk dia hayun penumbuk kat aku..nasib baik aku xkena apa2..bila dah cool,aku suruh mamat tu mintak maaf kat awek dia..mcm biasa r,time ni ko merayu dgn airmata darah pun mmg xdpt apa le..kalo ikut aku pun,aku xnak kawen dgn org mcm tu...takut aku tiap2 hari kena mkn penumbuk lepas kawen nnt..tp lelaki ni pun br 1st time buat gini..dah pendam lama sgt le ni..

membe aku tu ajak aku blik..mmg dah xnak dgr apa dah laki tu nak ckp..aku masuk keta,aku tgk tgn minah ni dah mengeletar..aku terus peluk dia..pilunya aku masa tu bila dia ckp dia takut sgt..Ya Allah..mampukah dia dgn dugaan ini..aku pun nangis2 jgk le..lepas dah tenang n aku dah ok,terus drive n hntr dia blik rumah..aku pun balik le...

budak2 ni kalo depan wan,segan sket...xde r nak memaki hamun depan wan..kalo le wan ada,mesti xjadi mcm ni..hmmmmm....i wish u there abg...

Thursday, December 13, 2012

hadiah hari lahir

0 comments
Besday aku bulan lepas..hadiah pun mmg dah lama dpt..nak kena cite sbb nnt aku terlupa plak..aku dpt awal hadiah besday aku sbb wan kena g laut time besday aku..  
 
wan kononnya nk buat surprise tp malu..cheh..dah lama kawen dgn aku pun 
nak buat surprise..hhu...so,tanpa balutan...tanpa reben..hanya berada di dlm plastik....nile hadiah aku...

..amik gmbr kat mudah je ..huhu...


wan pun letak atas meja je...aku tnya br dia ckp ni hadiah aku..hadoiii...xromantik le bro..dr dulu hingga kini..hahaha

tq cyg!

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

0 comments
dah 2tahun lebey rupanya aku kawen..bln5 tahun depan genap 5 tahun aku kawen..syukur kerana Allah kurniakan husband yg terbaik le utk aku..

tarikh hari ni...12.12.12 pernah jadi target aku utk mengandung lepas gagal pregnant tahun lepas..namun smpi tarikh ni aku masih blom dikurniakan rezeki yg maha besar dr Allah..

aku mmg dah stop jumpa doc sbb dah xtahan nak makan ubat perancang..aku rs kecewa sgt setiap kali aku telan ubat tu..aku tau aku xkan bley preggy kalo mkn ubat tu...tp paksa jgk sbb doc suruh kan..oh ye..aku ni ada PCOS...malas nk terang pasal PCOS..apa yg bley aku simpulkan PCOS tu unbalance hormon..so, aku agak susah nak preggy sbb hormon aku ada yg terlebey n terkurang dr org lain...ada x cure utk penyakit ni?? jawapannya TAK DE! perghhh...besar sungguh ujianMU ini Ya Allah...

kecewa?sedey?geram? dah xde kot perasaan tu...skrg ni dah masuk tahap kedua dlm hidup aku...REDHA..semua tu kan ketentuan Allah\...mungkin ni yg terbaik utk aku...walaupun aku amat2 mengharapkan zuriat..

oh ye..adik aku bakal dpt bby bln4 tahun depan...huhuhu...bunting pelamin weh...aku pernah mengiginkan bunting pelamin..tp dah berapa tahun dah ni,so xdpt le nak bunting pelamin spt yg dinginkan..hehehehe..tunggu je la anak buah lahir..main je la dgn anak buah...

adik aku pun mmg aim nak anak cpt sbb kesian kat mak aku yg tunggu lama nak cucu ni..at least xde r mak aku lama sgt tunggu...ramai yg tnya...aku mcm mana lepas adik ipar aku dah preggy..aku xtau nak jawab apa..aku senuym je la...tp hati aku menjerit2 nak jawab.."melopong r..tu pun nak tnya lg ke?lg mau tanya ke soalan tu??!!" tp xberani r nak ckp gitu..gile ko nk ckp gitu kat makcik2...sampai bebila le xtegur aku jawabnya..hehehe

aku tersangat2 sedey bila tgk bby kena buang merata2...pastu bila antara kwn2 aku pregnant n ckp kat aku 'sebenarnya nk enjoy dulu tp teraccident plak'...waaaaa...besarnya rahmat yg Allah turun kepada mereka tp mereka xnk bersyukur...kalo bley pindah bby dlm perut tu,aku nk pindah je kat dlm perut aku yg besar ni..huhuhu

aku skrg tgh diet..kena turunkan 10% dr berat aku skrg...susah gile sbb penyakit aku ni sebabkan berat badan aku mmg naik mendadak tanpa bley dikawal n susah sgt nk turun...aku pun dah xperiod 6bulan dah...sama je dgn adik ipar aku..tp adik ipar aku pregnant..so,kalo aku ni pregnant,bby aku sebaya je dgn anak dia..hehehe...nak buat mcm mana..takdir Allah...

Miracle..tu je yg bley aku ckp kalo aku pregnant...aku dah tnya PakCik Google..kebanyakan yg sakit PCOS ni mmg susah nk dpt anak atau nama sinonimnya adalah MANDUL...subhanallah..mintak dijauhkan sejauh2nya...aku nak anak..aku nak anak ramai..

dulu,sebab terlampau nak sgt bby,aku buat set bantal bby...sedey kan hidup aku?hehehe...tp aku sedekah je kat akk ipar aku lepas dia bersalin..kakak ipar aku??yes!! kakak wan....hahahaha

aku rasa,kat sini le aku jujur..kalo org tnya,jawapan aku sama je..xde rezeki...rilex2 dulu...honeymoon puas2 dulu...warghhh!!!tidak!!!tu bukan jawapan ikhlas dr hati..tu nk menutup hati yg kecewa je...nnt kalo aku senyap n senyum,org luar bkn tau pun..still nk tnya aku jgk supaya aku ckp sbb apa aku xde anak...siap compare anak dia kawen sekali dgn aku n cucu beliau dah berjalan skrg...korg xtau ke hati aku sakit sebenarnya!!! aku jaga hati korg tau..kalo aku xjaga,aku blah buat muka toya je..xpun aku tumbuk muka korg tanpa henti...huhuhu...semua tu kan rezeki dr Allah..kenapa nak samakan aku ni dgn org lain??ok..aku mmg kena sama dgn org lain supaya aku nmpk normal...

aku dah lama membebel kat sini..oh ye..nk cite pasal wan..dia ok je buat masa ni...dah mcm2 ktorg usaha..wan lg redha aku rasa..dr awal2 lg dia mmg tau ktorg susah sket dpt anak sbb dia kata aku ni susah nk period sejak aku bujang lg..tp sbb syg,dia kawen jgk dgn aku...waaaaaa...pikir jgk nk amik anak angkat tp wan xnak sbb dia kata kami muda lg...blom habis lg usaha n jalan ktorg tempohi...ada jgk terpikir suruh dia kawen lg sbb kesian kat wan yg mmg nak anak jgk...wan tolak mentah2 cadangan tu sbb dia kata selagi aku ada rahim,aku mampu mengandung..Allah suruh usaha n byk2 sabar je lg...kak sha pun marah2 aku..ok kak sha,aku dah xterpikir lg...muahaaha...

link ni mmg link blog yg buat aku kena bangun semula bila tgk usaha blogger ni utk dpt bby...waaaaaaaa....dasyat gile smpi buat pembedahan... http://am-honey.blogspot.com/2011/08/how-i-got-pregnant-part-5.html#comment-form

ekceli duit dah cukup utk buat pembedahan tu tp wan xbg lg..dia risau memandangkan dia kene slalu ke laut..nnt sapa plak nak jaga aku kan...wan kata dia nak kumpul duit banyak2....bkn nak beli rumah lg...tp nak g umrah katanya...mungkin kat situ ada jawapannya...waaaaa...laki aku ke ni???

Thursday, May 31, 2012

first time pengalaman jd pengapit

2 comments
semua dah tau fiza dah kawen..ada yg datang n ada yg wish sahaja..xkisah r semua tu..yg aku tau aku dtg n dpt menunaikan janji aku utk jadi pengapit fiza...kupikirkan seronok jd pengapit ni rupanya susah giler..

siap kena marah dgn mak cik mana ntah..dah r aku ni mmg gelabah xtentu hala..mula2 kes payung..actually,kuar je dr rumah pengantin, terus khemah..xpayah pun bukak payung..ada makcik tu marah2 aku sbb bg pengantin kena panas..mak aii..aku pun bukak r payung..sekali,bila masuk dlm khemah,aku still xtutup payung..siot je..buat org gelak je..nasib baik payung aku xtersangkut kat kipas khemah..tgh aku kelam kabut pasal hal payung tu,ada brader ni marah2 aku sbb aku xbwk pengantin kluar dr khemah..aku pun tarik r fiza kuar dr khemah tp makcik yg marah aku mula2 td marah aku blik..jgn kuar dr khemah!! makcik tu marah..makkkk!!!tolongggg!!xtau nak ikut ckp sapa..last2 aku toleh kat kak sha..nasib baik kak sha dok belakang je..kak sha suruh jalan je bwh khemah tp payung tu turunkan sket supaya xkena kipas..aku rs kelam kabut giler time tu..nak tergelak pun ada..hahahaha

aku plak terlupa nk tutup muka pengantin time tu..pada aku nk tutup buat pe..bkn dorg xpenah nmpk pun..time tu kena marah lg..mak aii..mmg susah jd pengapit..asyik kena marah je...aku ni mmg gelabah xhingat..hahaha

lepas je bersanding,time makan plak..fuhhh..lega aku bila lauk semua pelayan catering yg serve n letak dlm pinggan..kalo x,mmg sah r aku xmkn ayam golek depan tu..fiza tnya sedap ke x lauk catering tu...aku bley ckp "entah le..xberapa.." jahat giler..bkn xsedap..tekak aku ni ha yg xdpt nk terima nasi time tu sbb terkesan dr kena marah kat mak cik unknown tu..hahaha..sorry piza..sebenarnya sedap je lauk tu..hahaha

lepas majlis sanding2 tu ada 2kali gak r aku kena tnya dgn mamat mana ntah..dok tnya aku dah ada balak ke blom..sorg lg dok mintak no fon...nak tergelak pun ada..kiranya aku ni hot stuff lg r kan..hahaha...

bila aku kata dah kawen, dorg pelik n kata..dah xde org bujang lg ke nk jd pengapit...hohohoho...sorg lg tu siap terkulat2 pastu ckp..lorrr...br ingt nak amik berkat..hihihi..sengal..ada ke nak cr awek kat kenduri kawen...

yg dok kenen2kan aku dgn pengapit lelaki pun ada..hihihi..org itu ialah kakak ipar fiza!!hihihihi...

sepatutnya laki aku yg jadi pengapit lelaki..mengikut perancangan aku,aku dgn wan mmg nk mencapap atas pelamin tp sbb niat xbetol,laki aku kena g outstation plak time tu..hohoho...tp nasib baik jgk laki aku xde...senang kot nak bergelumang dgn kawan2 aku..hihihi...

adoi...dah insaf r dr jd pengapit..rasa mcm xnak jd pengapit lg..susah sbb kena pegang byk tanggungjawab dan berkemungkinan besar menjadi org sekeliling marah...tp aku dah terjanji dgn kak sha plak...cepat2 le kak sha kawen supaya lepas tu aku terus pencen jd pengapit..har har har
lepas nikah..time ni semua org nk menyorok belakang fiza terutamanya kak sha!!

aku sgt suka gambar ni!! comel sgt..!!

pengantin dan pengapit...

masih dayah sbb tumpangkan aku dgn kak sha...

muka kak sha lepas mekap..hihi..lawa jgk si kak sha ni..har har

aku dah kawen 2 tahun rupanya

0 comments
Aku dah kawen dua tahun dah rupanya..terasa sekejap je masa berlalu..mcm2 aku lalui bersama wan..xkisah sama ada susah dan senang,aku tetap bersamanya..skrg ni pun tgh susah jgk le sbb kena berjauhan dgn wan..dia dah kena outstation selalu dah. Wan ajak aku celebrate awal sbb dia takut xsempat nk celebrate..maklum le..tahun lepas xcelebrate sbb wan aa exam..hihi..

Tahun ni wan suruh aku pilih tempat mkn..aku mmg dah lama usha Fullhouse Cafe ni..minat giler nk g..so,bila wan suruh pilih tempat,aku pun sepantas kilat le mencadangkan tempat tu..hehehe..wan ni xsuka mkn western,japanese n benda pelik2 lain..yg dia suka mkn satee..ikan bakar...kura melayu tulen le..ahaks..so, dgn keluhan,terpaksa le menunaikan hajat bini dia yg bakal ditinggalkan lg..har har har... 

 wan mmg dah bgtau..hadiah utk anniversary ni dia dah beli dr bulan 1 hr tu..tp time dia nk g ke keta hr tu,aku usha jgk tangan dia..xde apa2 pun kotak ke..plastik ke..beg ke..aku senyap je la..mana tau dia simpan dlm seluar...oppss..dia selit kat seluar..hihihi..dlm keta aku saja2 geletek perut buncit dia tu tp xde plak apa2..aku mula le pelik..kat mana dia sorok hadiah tu..aku mmg konfiden xde dlm keta sbb ptg tu aku dah geledah keta tu habis-habisan time aku bwk keta tu kat opis..hohoho... 

 ktorg pun smpi le kat tempat yg dituju...mmg segan kot nak masuk cafe tu..best giler rupa cafe tu dr luar..time tu mula le terpikir...nnt aku nk ajak si kak sha n fiza dtg..tp fiza cukup ke mkn kat sini??xbley2..kena cr tempat bufet kalo si fiza tu ada..hohoho..aku sgt jahat... 

 dok kat tempat utk couple..hati kagum tgk hiasan yg ada kat restoran tu..sgt cantik n mmg sgt2 cantik..tiba le time memilih menu..mmm..xde r mahal sgt..still mampu utk mkn kat situ le..xde r mahal smpi blik nnt kena basuh pinggan..hihihi...aku pun pilih le menu berbagai2..kena marah dgn wan.. "kalo xhbs nnt,abg sumbat masuk botot.."

Friday, May 11, 2012

Jeles?? berbaloi ke??

0 comments
kalo ikutkan,xperlu nak jeles pun xpe...bkn org lain pun..laki aku jgk...tp....

still jgk nak jeles...degree sama2..konvo sama2...masalahnya dia siap extand lg...repeat paper n whatsoever...aku konvo on time...

tp skrg..dia lg berjaya..best je keje dia...hari ni wan g vietnam..company trip..aku ni dok makan hati je xdpt nak ikut..aku jenuh nak buang jauh2 rasa jeles aku ni..tp nak buat mcm mana..still lg bersarang dlm kepala otak aku yg xberapa nk pandai ni...

bru2 ni g terengganu...wan bwk g tempat keje dia..kagumnya....siap dapat buat break water utk halang ombak rosakkan pantai..tp masalahnya,tu keje lama dia..skrg ni keje dia dok nun kat tgh laut tu..bestnya bley naik helikopter...tiap2 kal dia blik sure smpi pagi aku xtido sbb nk dgr citer dia..bestnyaa...kagumnya...apsal le aku xbernasib baik mcm dia..kena dok kat angkasapuri tu..family day pun buat kat dewan perdana kat wisma tv tu...waaaaa....
:: Amik gambo kat breakwater yg wan buat..muka jeles tgh sengih ::

dia dah jauh berjalan...cukup 3tahun,bakal ke luar negara plak..aku? kat rtm lg!!! arghhhh!!!

pastu kalo blik dr offshore, wan sure byk giler citer..semua citer facts le..xde yg merapu2..citer apa yg dia buat kat sana..siap tunjuk repot2 yg dia kena buat kat sana...siap kluarkan sijil kat org petronas utk sahkan security kat sana...kalo 1st day dia blik, mmg aku xtido mlm le dgr dia bercerita..kadang2 mcm dah maleh nak dgr tp kesian plak..ada sekali tu,lampu dah padam..tp siap bukak blik sbb nak tunjuk repot yg dia buat..aku tgk dah mcm ala2 PSM dah repot tu..hampeh je..dia bley buat dlm ms seminggu je..aku ni plak xde citer pun kat opis tu..citer apa je..keje aku dah mmg mcm tu..citer pasal bdk2 opis je la..dah mcm mengumpat plak..ala..sia2 je bercerita..baik dgor je citer dia...

rugi je aku cbelajo elok2 time matrx dulu..kalo aku 4flat, bley aku jd doktor...sure citer aku pun best mcm citer wan jgk...aku jeles...napa le aku xbley jd sebagus dia...

baru2 ni,wan ckp kalo dah ada anak,aku dah bley berenti keje..mak aii..aku rs nak hentuk kepala kat dinding dah ni...xkan le kot..kena jgk ke?

baru2 ni ada baca satu buku agama ni..kena ikut cakap suami kalo nak masuk syurga...agak2 aku bley masuk x kalo aku jeles2 kat suami mcm ni...

tolong!! aku siyes..bkn bermegah dgn keje laki aku..cuma aku dah mula meroyan dgn keje aku yg xbest ni...!!aku jeles dgn laki aku!!

Friday, April 27, 2012

semoga makbul..

1 comments
melihatkan fb kawan2 yg penuh dgn gmbr anak dorg...siap dgn cover photo gmbr baby dorg..hati aku ni sikit tersentuh..sikit? banyak kot...tp nak buat mcm mana..mmg dah xde rezeki...aku xmerancang utk dpt bby tp Allah blom lg makbulkan hajat aku ni...

aku bersyukur selama ni Allah byk memakbulkan doa2 aku dan suami..utk mendapat kehidupan yg lebey baik dan tenang..utk mempunyai karier yg lebih baik..utk menjadi suami isteri yg romantik dan penyayang...semua aku dah dpt..tp utk cahaya mata,blom lg Tuhan tunaikan..mungkin Dia lebih tau apa yg aku lebih perlukan..

dengki? jeles? keciwa?...dah xde dah perasaan tu semua..semua dah hilang setahun yg lepas..ya! aku dah kawen hampir 2tahun..sepanjang 2tahun ni,dah pelbagai cara aku buat utk mendapatkan zuriat namun masih belum dapat...

pcos? hmmm...aku dah xpercaya memandangkan kawan2 aku yg ada pcos berjaya hamil..malah ada membe opis aku tu siap bunting pelamin n skrg ni tgh tunggu utk anak keduanya...

dah bermacam2 doktor aku jumpa..dah berbagai ubat aku telan..ubat hormon? biodex? dah beribu aku laburkan tp masih belom ada rezeki...tp mungkin ini dugaan yg aku kena terima disamping kesenangan yg Tuhan bekalkan utk aku selama ni...kini aku xambil apa2 utk mendapatkan zuriat..hanyalah doa kepadaMu Ya Allah..disamping itu, aku bersenam dan menjaga pemakanan agar membolehkan janin bertapak di rahimku ini...

syukur ke hadrat Mu Illahi kerana memberikan aku ibu bapa yg sgt2 memahami hati dan perasaan aku ni..yg sentiasa memujuk aku dan mengingatkan aku tentang kebesaran Mu ketika aku sedang mengeluh dgn kekurangan diri ni..

syukur Tuhan kerana mengurniakan aku suami yg sentiasa berada di belakang aku..yg sentiasa memberi semangat kpd aku utk lebih berserah dan redha dgn ketentuan Mu..dulu aku selalu menangis,setiap kali kawan2 atau sepupu aku yg dpt bby dulu sedangkan mereka kawen selepas aku..tp suami, kau tabah melayan aku..aku sgt selesa ketika aku berada di dalam pelukanmu ketika aku amat memerlukan seseorg..Ya Allah..syukur Ya Allah kerana memberiku peluang utk disayangi begini...

pernah juga aku ditanya...mahukah aku melepaskan suami utk berkahwin lain sekiranya aku gagal memenuhi impian suamiku utk bergelar seorg ayah? sumpah aku tiada jawapan utk itu..aku ada bertanya kepada suami namun jawapan yg aku terima adalah renungan kasih syg dr seorg suami.."mustahil syg..."

Subhanallah..tunaikanlah impian kami utk bergelar ibu dan ayah suatu hari nnt...hanya Kau sahajalah tempat kami mengadu...kurniakanlah kami walau seorg anak...utk membahagiakan lg rumah tangga kami..utk mengembangkan lg keluarga kami..sesungguhnya..jika Engkau memberikan kami lebih dr seorg..kami sgt bersyukur Ya Allah...amin ya rabbal alamin..

Wednesday, April 25, 2012

bidadari..

0 comments

kadang2 ujian dan dugaan dr Allah dtg dr pelbagai cara..hanya kt sbg manusia kena sentiasa bersabar dan berpikiran positif serta sentiasa beranggapan baik kepada Allah..jgn lah kt berfikir yg Allah menurunkan dugaan ini kerana Dia dah xsyg kat kita..Dia akan memberikan dugaan berdasarkan kpd kemampuan insan itu sendiri...

aku menasihati diri aku sendiri..

aku ingt husband aku xkan naik offshore dlm masa terdekat ni..xsangka Allah memberikan aku meminjamkan Muhammad Redzuan selama 4hari sahaja..

time dipanggil semula ke Terengganu, aku dan dia ada di Perak..tgh seronok2 dgn family..tgh merancang nak bakar sate n memancing pada hari esok...tiba2,panggilan itu membuatkan kami terpaksa membatalkan segala perancangan dan blik ke kl mlm tu jgk...wan terpaksa sampai ke Terengganu sebelum pkol 2ptg hr esoknya...

kecewa..sedey..semua bercampur..aku bersyukur mak n ayah aku pun paham dgn kerjanya yg xmengira masa..kena standby 24jam...mak n ayah aku xmenyalahkan wan..malah menyokong kami balik awal dr masa yg dijanjikan..

ye..aku sedey...aku tau, wan pun sedey sbb blom puas lg blik kampung..tp apakan daya...berat hati kami tinggalkan mak n ayah...namun, senyuman ayah n mak merelakan kami bertolak menjadi pemangkin utama...

dalam kereta, aku cuba utk happy2...sbb aku xnak wan terasa susah utk g keje..nnt dia pening kepala..menyanyi sama2 dlm keta...sekali terkeluar lagu Patah Seribu di radio..mood kembali sedey..ye la..aku paham perasaaan wan yg patah seribu sbb xdpt belama2 kat kampung...huhu

aku xde r tunjuk aku sedey time tu..jiwa kena kental beb...aku anggap aku ni kawen dgn askar je ni..hehe..gelak2 dgn dia..nyanyi2..byk kali jgk le wan tnya aku.."syg xsedey ke abg pegi?ayg ni rela abg g ke?"..kalo ikutkan hati,mmg le aku xrela tp rezeki kami ni susah nak dpt..kena pegi tgh2 laut br dapat..nak x nak aku kena relakan jgk...

setiap lagu yg kluar kami nyanyi bersama2..sehinggalah lagu Tomok-Bagaikan Bidadari kluar..lagu ni mmg peberet aku..aku nyanyi tak hingat..sehingga le aku rs wan memegang tgn aku ni...kemudian menciumnya..aku rs ada bau sambal kot..haha..erm..serius kembali...time tu terasa sebak sgt2..aku tau wan xsanggup nak berpisah dgn aku time tu..seyes time tu air mata dah meronta2 nak kluar dr mata aku ni..tp aku kena tahan..kena tunjuk aku tabah depan wan...supaya dia pergi dgn rela hati..lgpun,dia bkn pegi lama...dia g keje je...aku sedar dia menangis..aku tau...tp aku biarkan je..aku pandang terus ke depan supaya airmata aku ni xgugur depan dia..

"Syg mmg Bidadari yg Tuhan bg kat abg..tima kasih byk2 syg.."

ok! time tuk nangis! bye!


Wednesday, April 18, 2012

cerita tentang aku

0 comments
Mlm ni tetiba xdpt nak tido..tetiba plak teringat apa jd pqgi td..sungguh la menyayat hati kecilku ini..huhu..
Pagi td aku baca status kakak ipar aku..dia tulis yg husband dia akan blik esok..so,aku pun happy le sama..komen la yg aku pun dah lama xjumpa abg ipar aku tu..kirim salam kat dia n whatsoever..dia bley reply 'k' je..aku komen panjang siot..at least reply r panjang sket ke..membe2 dia komen sket2, bley plak reply panjang2..dia ingt aku syok kat laki dia kot..hehe..tp mmg abg ipar aku tu baik giler..siyes xpenah jumpa lelaki yg bley bersabar dgn kerenah kakak ipar aku tu..
Awal tahun hr tu,dorg nak hntr le adik bongsu dorg nak msuk asrama..aku xdpt ikut coz time tu aku keje..blik2 dr hntr adiknya,husband aku pun hulur kain..kain asrama utk jahitkan getah kat pinggang tu..mula2 aku berat hati jgk nak jahit..bkn le malas atau pilih kasih..tp aku dah tau dah..mesti kena kondem punya r..tp demi suami aku..sumpah demi suami aku!aku xnk tgk dia pening2 kepala nak hntr g tailor..sbb bkn susah pun nak jahit kain baju sekolah..lgpun,time tu dah hujung bulan..paham2 je la..huhu..
Selesai aku jahit,tunjuk sket kat laki aku, dan terus masuk plastik..time aku msukkan dlm plastik, aku bgtau la laki aku..tp dlm nada bergurau le.."ayg ni dah bersedia nk kena kondem ni bang..hehe"laki aku gelak je sbb dia pun dah paham sgt dgn perangai kakak dia tu..
Hujung minggu tu,aku,laki aku,kakak,n abg ipar aku pun g la melawat..bg je kain tu kat kakak ipar aku tu,haa..berderet dia komen.. Jalur salah le..lipat tepi kain salah..sampaikan dia nak bwk blik kain tu,nak bukak blik n nk hntr blik pd tailor lain suruh buat..depan aku ni dia kondem..aku tau aku br nak belajar2 jahit..byk lg aku kena belajar..tp xpayah r smpi nk suruh tailor lain bukak blik jahitan aku..even kalo nk buat mcm tu skali pun,jgn r ckp depan aku..maybe aku xtunjuk aku sedey..tp paham2 sendri la..masing2 dah besarkan?
Apa2 pun,bila jumpa cikgu tnya pasal kedudukan jalur kain tu,cikgu kata betol jalur mcm tu..actually aku main buat je sbb xde sapa bgtau aku kedudukan jalur yg sebenarnya..waaa..mintak maaf pun x..nasib baik abg ipar aku tu mcm ala2 pujuk aku sbb aku rs senyum aku time tu dah agak kelat..hehe.dia kata aku pandai jahit..cpt n bley harap..masak pun pandai..hehe..br aku mcm happy sket..kalo aku bley syg abg ipar aku tu mcm abg aku,mmg aku peluk2 dia time tu..time tu mmg aku dah down giler..huhu..lama jgk r aku xjahit..lama2 br aku mula jahit blik..sbb tu kalo ada membe2 nk mintak tempah bj kat aku,aku sure tolak..sbb aku cpt down kalo org komplen lebey2..aku takut nnt aku terus malas jahit..
Td aku beli kain utk bakal adik ipar aku ni..coraknya sama dgn aku tp kaler lain2 le..nk pkai time raya nnt sama2..hehe..bgtau kat wan..wan kata xde pun nak buat utk kakak atau adik dia..hahaha..nak buat mcm mana..nnt konfem byk citer punya r..sure kondem tanpa henti r..huhu..siyes adik beradik wan sgt cerewet..haa..kan dah dpt kena sound setepek..hehe
Mula2 aku belajar jahit,aku ingt lg.. Kakak ipar aku tu penah suruh aku buatkan baju dia..kalo suruh elok2 tu xpe r..bley jgk aku tolak baik2..ni kasar giler..siap baling kain lg kat aku..dia ingt aku ni hamba abdi ke?huhu..silap besar bro..dah mmg aku pangkah awal2..hehe
Aku bengang2 kat dia ni aku sedar..dia pun ada baiknya cuma xde mannerd je..br2 ni dpt tau dia pregnant lepas 4tahun tunggu..siyes aku happy..xde sekelumit pun rs jeles..sbb aku mengharap agar sikap dia akan berubah lepas ada baby nnt..xde r selalu marah abg ipar aku tu..kesian abg ipar aku..
Abg ipar aku mmg cute+cool..maintain je muka kalo kena marah dgn bini dia..kira sikap2 terpuji r..kalo dia dtg rumah,mmg konferm aku msk bagai nak rak r..bkn nk menunjuk tp tu tanda aku syg kat abg ipar aku tu..kalo dorg nak dtg,selalunya aku akan tnya menu utk masak..biar special..bkn aku syg smpi nk rampas dr bini dia..tp aku syg sbb sikap dia yg baik hati tu..aku mmg anggap dia mcm abg aku sendri..semoga mereka akan berbahagia menunggu kelahiran anak sulung mereka itu..
Aku plak mcm mana kan? Hehe..aku berserah semuanya pada takdir Illahi..aku sentiasa mendoakan org2 disekeliling aku sntiasa dpt apa yg diingati..kata wan,kalo kita berdoa utk org lain,org akan doakan utk kt..tiap2 solat aku akan doakan kakak ipar aku pregnant..see..dah dpt pun kan? semoga lepas ni aku plak..nnt nk bisik kat baby dia le..supaya bley terus bgtau Tuhan..hehe

Tuesday, March 27, 2012

kisah semalam...

0 comments
semalam...
perkara yg xdisangka2 oleh aku terjadi..gaya mcm benda besor je aku ni..haha..

semalam aku dok godek2 pc membe opis aku ni..xingt plak buat apa time tu..layan FB rasanya..
tetiba je mmeber sebelah nangis..OMG! seyes aku xtau buat apa..aku nganga je la tgk dia nangis..
erm..this person, aku rs dia seorg yg kuat..xmudah mennagis..even aku xpernah tgk dia memngeluh pun walaupun org buat salah kat dia..even aku suka kaco dia buat keje...tp semalam..empangan air mata dia pecah jgk..1st time..
ok..aku mmg xtau nak pujuk..aku urut2 je belakang dia..aku xtau sbb apa dia nangis..aku harap bkn sebab yg besar seperti kematian or whatever...

pagi2 lg aku dtg opis,bos dia panggil aku.."Mazni..semalam W nangis ek??napa ek??"
alamak! sapa bgtau ni?? "err..mintak maap puan..sy kurang pasti.."
sekali bos tu gelak ..sbb aku jawab dgn skema kot..hehehe..ketaq lutut beb sbb dpt soalan yg xdijangka2...

bosannya dia xdtg hr ni...dia je la yg aku rajin bertegur sapa pun skrg ni..huhuhu..

Sunday, March 25, 2012

Happy Birthday Syu!!

0 comments

dah lama xjumpa kawan aku yg sorg ni..xtau apa citer dia sekarang..hari ni besday dia..so, aku just nak wish Happy Birthday..semoga dilanjutkan usia dan cepat2 kawen dgn kekasih hati!...:)




_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Friday, March 16, 2012

...separuh jiwaku di miri...

0 comments
dah lama xupdate..huhu..ye la..malas sebenarnya nak menaip ni..huhuhu...kali cite pasal laki aku le..azam dia awal tahun dulu dah termakbul hari ni..dah lama dia mengharap nak naik pelantar minyak..huhu..

nak mintak keje petronas,xlayak katanya...sbb pointer degree pun cukup2 makan je..huhuhu..so, dia usaha jgk g exam n kursus yg dapat membuatkan dia naik jgk ke pelantar..sekali bkn dia dpt naik pelantar petronas je..aku tgk kat kad dia hr tu, pelantar shell,axo mobile n semua r pelantar yg ada..pergh..rasanya dah mmg termakbul le cita2 dia tu..

2 minggu lepas dpt job dr bos..kena g pelantar petronas kat miri..so, hr ni la bertolaknya..lama xlama jgk r..dlm 2minggu lebih le..tp xbley harap sgt sbb takut kena dok sana lama lg...aku tau dia happy sesgt..mau x happy..smpi buat nasi lemak hntr kat opis dia..n opis aku jgk..hehe...tp smlm dia kata sedey le plak..sedey sbb nak tinggalkan aku ni ha..aku xde r kisah sgt..ye ke? kisah...waaaaa....sedey kena tinggal sorg2...sapa nak tolong aku buat keje rumah nnt??waaa...tp depan dia kena berlagak cool..nnt kalo nangis2 nnt,takut dia berenti keje plak..hhahaha..

yg aku xbley handle tu, siap bley pesan..'syg..abg g ni ayg jgn xmakan tau..abg nak badan ayg mcm ni jgk..jgn xmakan smpi kurus tau..besar lg xpe..tu tanda ayg xsedey..' xbley blah betol le laki aku ni...nak tergelak pun ada..nak sekeh dia pun ada..opss..mana bley sekeh laki..hihihihi

hmmm..pasal gaji plak..rmai kawan2 aku kata masyuk r keje pelantar..sure gaji byk jgk r..hehehe..sebenarnya x..gaji dia sama je..sbb dia bkn keje sana utk sedut minyak or whatever yg buat atas tu..dia keje tester je..nama job je buat keje tu nmpk mcm gaji besar..hehehe..actually,aku pun pikir gitu..dah nak mintak naikkan elaun lg..sekali bila wan tunjuk slip gaji,aik..sama je??keciwa~

jeles tgk wan..dah berjaya pun..aku?aku masih lg di sini..xpermenant..mintak keje lain pun xdpt...waaa..xpe r..rezeki wan lebih dr aku..nak buat mcm mana..mungkin ni rezeki anak yatim..kalo mak wan hidup lg,sure dia happy sgt2 tgk anak kesayangan dia ni dah mencapai cita2..sedangkan mak aku pun syg n happy giler dgn pencapaian wan..chewah...ayat mau power walaupun xde sesapa pun nak baca blog aku ni..hohohoho...

ada pertandingan bowling kat opis aku ni..last2 aku tolak sbb xde wan..aku rs sedey plak nak bersuka suki tanpa wan...pelikkan??aku pun pelik tp nak buat mcm mana..dah aku ni mcm belangkas..kalo dia xde,nak buat apa aku g..dulu time nak g tganu dgn kawan2 tp xbley bwk laki,pun xjadi..siap berlari turun bas bila bas dah gerak..time tu mmg kena kutuk r dgn membe aku tu..bila dia dah kawen skrg ni,jumpa aku blik n mintak maaf sbb kutuk aku dulu..dia kata dia pun xsanggup tinggalkan laki mcm aku..huhuhu..rasakan apa yg kurasa..hohoho..

ada akak opis aku ni ckp aku ni mcm belangkas dgn laki aku tp xberanak2 lg..so,xmembuahkan hasil langsung..what the fuck!!sukati aku le..sesedap oren je ckp aku mcm tu sbb aku xnak g bowling...mmg lg aku xnak le jawabnya kalo dah kata mcm tu..sory makcik..kalo wa nmpk muka lu kat event mana2,mmg wa x g kot..huhu..alamak..emo plak..hehe

so,aku hidup membujang le 2minggu ni..harap2 ada le membe2 aku nak dtg jenguk aku kat rumah tu..kalo xde sapa,aku berguling je la kat rumah tu sorg..adoi..kena mop lantai,cuci baju,sidai baju,lipat baju,cuci toilet...waaaaa...abang!!balik cepat...xde sapa nak tolong ni!!!

Thursday, February 2, 2012

Universal Studio Singapore

0 comments


tajuk mantap nak rak..ni sure stats aku mencanak2 naik ni..hahaha...sory pada yg search for USS ni..post ni xde kena mengena pun dgn apa yg anda cari..hehehehe

sebenarnya aku ni tgh usaha kumpul duit nak g USS ni..teringin sgt nak berjalan ke luar negara plak..(walaupun hnya seberang terusan je..hehehe)

rancangnya mcm nak g dgn my beloved husband,kak sha n fiza...tp aku xpenah lg bukak hal ni kat dorg...sbb melihatkan fiza yg bakal kawen ni,mesti dia xmau ikut..sure dia nak kumpul duit utk majlis kawen n selepas kawen nnt...

to kak sha n fiza yg terbaca post aku kali ni,kumpul duit ek..standby je...bebila dlm tahun ni aku akan ajak korg..tp bkn dlm masa terdekat ni la...maybe hujung tahun atau awal tahun depan...kt akan pegi time hr bekerja...so,spare ur cuti ek..

mcm biasa,aku akan uruskan semua timetable n tempat tinggal...nnt korg maybe bayar je..hehehe...

aku dah xsabar nak g sana...teringin sgt2 nih!

Monday, January 9, 2012

untitle

3 comments
mcm biasa..kat blog aku ni aku jarang update benda yg aku dah update kat fesbuk..bkn apa..malas nak upload gambo dua kali...mlm ni xtau nak citer apa sebenarnya..disebabkan malas nak tido lg sedangkan besok nak keje,aku pun dok update le citer sket2...

selasa ni wan nak exam...tu ada kat luar tgh study...dah lewat tp still xtido lg..(time laki aku tido adalah 10mlm..time baby tido..hehe) mungkin dah risau kot sbb byk yg xcover lg..almaklum le..dah dua kali amik exam yg sama tp fail..ni dah kali ketiga dan penghabisan le..kalo fail jgk, wan kena repeat kursus dua minggu bfore amik blik exam yg sama..huhuhu...kesian dia kena study..aku dah lupa dah mcm mana nak study..hehe


xpe la kan..usaha tu mungkin dpt membuahkan hasilnya...go syg for the position..xsilap aku utk jadi RPO(Radioactive Protection Officer) utk opis dia... by the way, kalo dia lulus exam ni,aku plak kena bersedia ditinggalkan sbb dia akan selalu outstation or offshore..perghh..setahun lebey xpenah kena tinggal,tiba2 kali ni kena tinggal plak...kena bersedia!

26hb Jan 2012 ni wan kena g terengganu seminggu...ada sesapa nak temankan aku kat rumah x??waaa!!

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Thursday, January 5, 2012

Azam baru suamiku....

0 comments
sejak tukar keje lain ni, laki aku dah kerap tinggalkan aku...sorg2 plak tu...pkol9.30 baru balik..pastu tiap2 kali balik rumah,mesti dah makan..kalo dlm seminggu,sure dlm 5kali dia tinggalkan aku sorg2 kat rumah ni...

nak marah xbley...nnt berdosa sbb halang suami beribadah..hhuhuhuhu...azam baru dia kot..tiap2 kali balik keje,rehat2 jap..mandi n terus g masjid..lepas isyak br blik...

actually rasa happy sgt bila dia rajin ke masjid..bkn apa,bley citer apa2 yg ustaz tazkirah kat masjid tu kat aku..at least aku ni tau le sket2..hehe...setiap kali khamis mlm jumaat, mesti dia beli air mineral nak bwk ke masjid..nak buat air yaasin katanya...

semoga dia terus menghuni rumah Allah dan jadi suami yg terbaik utk isterinya dan bapa yg baik utk anak2nya suatu hari nnt...amin...

Couple bergaduh…

0 comments
Tadi g area taman dato harun coz nak jahit tepi..maklum le..aku dah dapat tempahan pertama…best!
Balik dr jahit tepi tu,ktorg pun lalu jalan biasa utk blik ke rumah…sampai je kat simpang sebelum masuk highway NPE ada le satu couple tu..bergaduh sakan..xtau le apa puncanya..ktorg pun lalu je tanpa sebarang perasaan nak menyebok..tp sbnrnya dlm hati aku ni nak tau jg apsal bergaduh kat tgh2 alam ni..huhuhu…tetiba tanpa diduga….

Awek tu campak helmet ke jalan..siot je..mmg nak terkena motor ktorg..ish..nasib baik xterbabas..kalo aku jatuh le,mmg aku belasah dua2 ekor tu..bengkek betol le..nak gaduh tu,cr le kawasan2 pendalaman sket..xpayah r nak buat drama kat tepi jalan yg sesak digunakan org ramai..ingt diri bagus ke…sakit hati aku ni…

Aku rasa balak dia malu kot..tersengih2 je aku tgk…adei..len kali ek adik2,jgn bergaduh dgn balak anda kat tepi jalan..jatuh maruah kot…huhuhu..


:: Gambar hanya hiasan..::


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me