Monday, July 8, 2013

post merapu xbley tido

1 comments
Malam dh tukar jadi pagi..tp mata ni xbley nk lelap lg..hmm..rindu sgt rasanya kat wan..baru 1st day dia g laut..nak kena tunggu dia blik maybe dlm seminggu atau lebey lg..

Dah lama dia dok rumah..sbb tu rasa semacam bila dia kena g keje..adoi..stress mcm ni bila mata ni xmau nak lelap..dok tgk gmbr2 dia..video2 wan buat lawak yg aku rakam secara dia sedar atau x..huhu..lg bertambah2 rindu lg kat dia..

Uwaaaa..besok kena keje..kena bngun pagi..selalunya dia akan gerak aku bangun subuh..xjemu2 tiap2 pagi kena gerak aku yg liat nk bngn pagi ni..pas subuh,aku sambung tido..kikiki..yg aku tau,bnhn pagi bekfest dh ada atas meja..walaupun xmintak dia buatkan,tp dia mmg buat sendri tanpa disuruh pun..lagi2 time aku mula diet atkins ni..tiap pg mesti ada scramble egg dgn black pepper..pagi besok dah kena masak sendri..bangun sendri..sob..sob..

Balik keje dia amik..mmg xpenah miss hntr aku g blik keje kalo x kelaut..besok kena bwk moto sendri..sob..sob..besok aku blik,tgk rumah kosong je..kalo ada dia,xterlayan nak dgr cite dia..byk sgt..selalu kata kat dia..rimas le..byk sgt cter..tp skrg ni nak sgt dgr suara dia..sob..sobb..

Selalu kena tegur sbb dok suka sgt tgk running man ulang2..hehehe..tp dia layan jgk..dah kenal sapa ji hyo,gary,jeasuk,jong kook..dia kata dah aku suka sgt tgk..dia pun kena tau jgk apa yg bini dia suka..supaya nnt kalo aky bercerita dia tau pasal apa..hehe..ok xde pun tau keje dia mcm mana..yg aku tau dia inspektor radioaktif..sob sob..sory abg..

Lepas maghrib kalo xde baju nk lipat,g lepak tgk bulan kat luar..kira bintang..sembang pasal masa depan..rumah impian..nak sekolahkan anak2 kat mana..nk masukkan anak2 g U mana..huhu..tiap2 hari berangan sma2..

Kalo aku xdpt tido gini,dia tepuk2 smpi tertido..treat aku mcm baby..dia kata aku baby besar dua..hehehe..

Jarang sgt2 bergaduh sbb kalo something become more serius,dia akan buat lawak smpi aku mk tergelak..pastu terus xjadi nk marah..pandai kawal emosi aku yg kadg2 terover gembira,terover sedey mahupun terover excited nak beli rumah..that's the latest thing yg aku dok over excited..hahahha..

Miss him so much..so much..so much..dlm dua tiga hr ni xbley terima rasanya bngn2 n dia xde kat sebelah.. Ya Allah..peliharalah keselamatan dia...kerana aku teramat menyayanginya..syukur Ya Allah di atas pemberianMu ini kpd diriku..

Aku selalu merasakan aku byk kekurangan tp aku lupa Allah dh anugerahkan kpd  aku seorg suami yg baik..mmg manusia akan perasan kelebihan seseorg ketika beliau tiada di sisi.. sayang Wan sgt2..uwaaaaaaaaaaa...

Thursday, January 3, 2013

Ayah aku accident

0 comments
ayah aku xpenah accident time bawak treler bomba..hr ni dia accidnt..bkn sengaja...bkn nak berlumba..giler apa nak berlumba..kalo bwk slow2 nnt,xsempat le smpi tmpt kejadian..
hmmm..nasib baik ayah aku xde apa2..aku terus call ayah tanya..dia kata dia sakit punggung je..maybe sbb kena hentam dgn treler bomba kedua dr belakang..hmmm...harap2 xde r effect pinggang ayah..

ayah aku nak elak keta yg tiba2 berhenti..dia terus naik ke divider supaya keta bengong yg tetiba berenti tu xde kena langgar..kalo kena langgar,mmg confirm xselamat r keta tu...treler bomba yg kedua plak xdpt nak elak terus hentam treler bomba yg aku bawak tu..nasib baik semua ahli bomba n org awam x apa2..syukur..




membe aku yg upload gmbr ni sgt sengal..aku sgt bengang bila baca
komen2 dorg..mcm2 dorg kutuk ayah aku..kata ayah aku suka berlumba le..malas buat keje r..geram aku...tp aku maafkan le sbb dorg xtau yg bwk tu ayah aku n dorg pun xtau cite sebenar..tp aku stil BENGANG!
::STATEMENT XBLEY BLAH!::






Monday, December 24, 2012

My Precious 10 Minutes

0 comments

encik boss baru lepas call td..tp xbley ckp lama..bley ckp 10minit je sbb kat belakang dah ada org tunggu turn nak tipon bini dorg..masa diperuntukkan utk sorg call 10minit je..huhuhu..

mmg skjp..xlama..tp 10 minit tu mmg paling berharga utk membuatkan aku senyum hari tersebut..bkn senang nak dgr suara beliau..10 minit tu la time encik boss pesan jangan lupa makan,jgn lupa solat,jgn lupakan dia..dlm 10 minit tu jgk masa utk dia usik aku,bergurau sket2,kutuk2 aku...hanya utk 10minit...

ramai yg tanya kenapa aku je xcall encik boss terus..enpon xbley bawak naik ke pelantar sbb risaukan spark dihasilkan dr signal enpon bley meyebabkan letupan atau kebakaran..nauzubillah..sbb tu time kt isi minyak,kt xbley guna enpon..takut merbahaya..tp ada je yg degil n bwk jgk..tp masalahnya,kalo 18jam dr laut tu,mana ada signal..xde maknanya jgk bwk tipon tu..huhu

mcm mana kalo time encik boss call,aku xdgr?aku kena tunggu utk besok le plak...sbb tu kalo tipon berbunyi,walaupun aku tgh berak skalipun,aku akan kluar utk angkat..sbb tu le sumber senyumanku..
tp bila bad weather spt skrg ni..laut bergelora n kapal xstabil..encik boss xdpt tipon aku...sbb wayar tipon dr pelantar ke kapal terpaksa diputuskan..jd kena tunggu laut tenang blik br bley buat sambungan ataupun encik boss dpt g ke pelantar..pernah satu masa tu 10hari tanpa khabar berita..hnya dpt private msg guna fb..tu pun curi2 guna semata2 nak bgtau dia xdpt call aku..msg fb yg aku xkan buang selamanya...msg tu yg aku baca kalo dia dah lama xdpt call aku..buat sedapkan hati aku..huhuhu

hr ni br dia dpt tipon selepas 3hari dia xdpt call aku...excited giler...rs mcm semua nak ckp..mcm2 nak ckp..tp kena jgk bg peluang dia nak citer..huhu..so,sorg dpt le dlm 5minit utk bercerita hal masing2...
encik boss dah call n bgtau kat sana bad weather..dia mintak aku doakan dia selamat..insya Allah..mungkin besok dia xdpt call..tp kalo laut tenang,dia akan call jgk...aku tunggu je la...huhu...aku dh dpt my precious 10minutes..syukur alhamdulillah kerana Allah beri balik senyuman aku.. :)

Saturday, December 22, 2012

0 comments

Aku baru buat appoinment utk serius berusaha mendapatkan anak..xtau le mcm mana doc akan suggest nnt..berdebar le jgk walaupun 21.1.2013 nnt br g jumpa doc..hehehe..
sangat lawak perasaan ni..mcm2 bercampur aduk..antara takut,excited n seram2 sket..hr tu call mak n tnya pendapat dia tentang rawatan yg aku bakal jalankan..sama ada IUI mahupun Ovarian drilling..mak sokong 100% walaupun aku tau dia risau dgn aku...yg buat hati aku sedey tu,mak aku ckp..kalo apa2 jadi,balik le kampung..takut nnt xde sapa nak jaga kat KL..waaaa...susahnya mak aku nk jg aku ni..dr kecik smpi besar ni dok kena dengar masalah aku..hihihi
Aku harap sgt time appoinment tu wan ada n x g offshore..aku ni dah r kelam kabut sket..nnt xpaham plak apa doc tu ckp...hehehe..oh ye..aku bakal buat treatment tu kat hukm..jumpa dgn prof Hashim..cousin wan yg suggest..after jumpa prof tu la dia dpt twins...sepasang gitu..dorg suami isteri bersabar selama 5Tahun..syukur...
aku nk share treatment yg mungkin akan aku lalui nanti iaitu IUI..

lebih kurang camni la bila sperma dimasukkan dalam rahim

Ni antara soalan2 yang akan ditanya tentang iui....

Apa itu IUI?
IUI bermaksud ‘Intra Uterine Insemination', satu prosedur di mana sperma suami dimasukkan terus kedalam rahim isteri dengan harapan terjadi persenyawaan dan seterusnya kehamilan

Bagaimana IUI dibuat?
IUI sebenarnya adalah prosedur yang ringkas dan mengambil masa yang sekejap untuk di buat. Semasa IUI, satu kateter (tiub) berupa alat plastik kecil yang mengandungi sperma akan dimasukkan kedalam rahim melalui serviks. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 3 minit.

Bila dan dimana sperma akan di kumpul?
Sperma boleh dikumpulkan dirumah sekiranya rumah anda dekat dengan klinik anda. Botol steril akan diberikan dimana air mani akan dikumpulkan selepas ejakulasi. Untuk sampel air mani yang segar, ia hendaklah sampai ke klinik dalam masa 1/2 jam selepas ejakulasi. Sekiranya rumah anda jauh dari klinik anda, koleksi air mani akan dibuat diklinik.

Adakah sperma perlu di ‘cuci’ sebelum IUI?
Ya! “Sperm Washing’ perlu dibuat sebelum IUI. Ia mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Sebaik sehaja ia dicuci, IUI akan dilakukan.

Adakah IUI dibuat sebelum atau selepas saya bertelur (ovulasi)?
Selalunya doktor akan membuat IUI disaat-saat ovulasi akan berlaku iaitu 24-36 jam selepas injeksi HCG, iaitu ubat yang bertanggung jawap untuk ovulasi berlaku. Jadi secara umumnya, IUI dibuat 6 jam sebelum ovulasi kerana sperma sebenarnya tidak tahan lama.
Ada juga doktor yang memilih untuk membuat 2 IUI dalam satu kitaran, dalam kes ini, IUI selalunya akan dibuat 12-48 jam selepas injeksi HCG dengan IUI sekurang-kurangnya 12 jam diantaranya.

Adakah jumlah sperma penting IUI?
Sekurang-kurangnya 5 juta sperma diperlukan untuk IUI. Sekiranya jumlahnya lebih rendah, peluang kejayaan juga rendah. Secara umumnya, 20 juta keatas adalah ideal untuk IUI.

Adakah IUI menyakitkan?
Ia tidaklah menyakitkan tetapi anda mungkin merasa sedikit rasa tidak selesa semasa kateter dimasukkan kedalam rahim dan ketidak-selesaan ini lebih kurang sama dengan ketidak-selesaan semasa menjalani ujian PAP.

Adakah saya akan hamil selepas IUI pertama kali?
Seperti juga persenyawaan melalui tabung uji, beberapa kitaran IUI diperlukan sebelum anda berjaya hamil. Ada doktor yang menyarankan dua kali IUI dalam satu kitaran untuk meninggikan peluang hamil. Sekiranya kehamilan tidak berjaya selepas beberapa kali mencuba, mungkin doktor akan menyarankan IVF atau Persenyawaan melalui Tabung Uji.

Bagaimana dengan kadar kejayaan IUI?
IUI secara semulajadi iaitu tanpa pengunaan ubat selalu mempunyai kadar kejayaan yang kecil iaitu 6%. Tetapi sekiranya mengunakan ubat dan injeksi ditambah dengan kehadiran folikel yang berganda, kadar kejayaan boleh mencapai 30%. Jumlah sperma juga boleh menjadi penentu. Sperma yang kurang kualiti memberikan kadar kehamilan yang lebih rendah.Secara keseluruhan, kadar kejayaan untuk satu kali cuba adalah diantara 15-20%.

Berapa cepat selepas IUI saya boleh mengambil ujian untuk kehamilan?
Disarankan untuk anda menunggu satu minggu selepas anda ‘missed period’ sebelum membuat ujian kehamilan.

Adakah sebarang risiko berkaitan dengan IUI?
IUI adalah prosedur fertiliti yang kurang memberikan tekanan kepada wanita kerana ia agak ringkas. Walabagaimanapun, ia juga mempunyai beberapa risiko termasuk sakit perut, pendarahan dan ‘spotting’, semasa atau selepas prosedur. Terdapat juga risiko untuk mendapat penyakit kelamin sekiranya suami ada adalah pembawa kuman tersebut. Penggunaan ubatan IUI juga boleh membawa risiko seperti kehamilan kembar, triplets, atau ovarian hyperstimulation syndrome, tetapi dengan pantauan doktor yang rapi,risiko sebegini kurang terjadi.

Apakah kos untuk setiap ujian IUI?
Kos IUI adalah berbeza dari klinik ke klinik dan ia juga bergantung kepada jenis ubatan yang diberikan sebelum IUI dibuat. Tetapi umumnya ia adalah diantara RM 550-800 tidak termasuk kos ubatan.

sumber: Portal Alamhamil



*seseorang hamba Allah yg mengingatkan aku supaya berusaha..jangan give up...masih ada jalan lagi...terima kasih sahabat kerana berjaya membuka mata aku walaupun dah ramai yg suruh aku buat treatment yg high risk ni....:)


Pengalaman Buruk

1 comments
pada aku,kalo setakat couple gaduh tepi jalan,gaduh dlm hujan n apa je aku mmg xde masalah langsung...tp hr ni mmg jadi sejarah aku r..aku nmpk dgn mata aku membe aku gaduh dgn bf dia smpi nak kena tumbuk..nasib baik aku sempat tarik si lelaki tu..kalo x,mmg membe aku mkn penumbuk dia..

citenya...ermmm...mcm mana nak mula ek..dorg nak kawen dua hari lg.so,biasa le..time2 nak kawen ni,dugaan mmg byk giler..mcm2 nak kena buat..lgpun dorg ni kena settle semuanya sendri..parents xtolong sgt sbb xsihat..ataupun org kl ni mmg xpeduli kot kalo anak2 dorg nak kawen..yg mana satu aku xtau la..

mulut couple ni mmg teruk sket..kalo gaduh tu,selamba je kluar mcm2 dr mulut tu..mula2 aku mcm takut jgk r tgk dorg gaduh..mamposs la..p**imak le..mcm2 le...aku ni kalo nek keta dgn org yg suka maki hamun keta depan pun aku cuak..aku susah nak dgr even perkataan f**k pun dr mulut kwn2 n husband aku..ni kena hadap org2 yg suka maki hamun ni..tp sbb membe,aku tahan jgk r..tp skrg dah bley terima sket2..

aku mmg tolong dorg buat preparation kawen..aku kesian tgk dorg kehulu hilir nak prepare mcm2..tp susah le kalo masing2 xmau mengalah..bila gaduh,dua2 nak mennag..aku xtau le dorg akan dpt apa kalo menang..adoiii...

ok..habis le citer tu..td time aku nak hntr awek ni balik sbb laki tu merajuk,entah mcm mana lelaki tu dtg..xnmpk plak dia time ktorg nek keta td..pintu keta plak xkunci..lelaki tu grab kepala perempuan tu n tolak pempuan tu ke tanah..jln tar ok..sakit kot..time tu aku mmg tergamam..xtau nak buat apa2..sampai si pempuan tu jerit kuat2.."MAZNI!! TOLONG AKU!!" baru aku tersedar...aku terus tarik tgn lelaki tu n tolak dia ketepi..kalo aku lmbt je sket,mmg membe aku tu mkn penampar or penumbuk je..membe aku tu terduduk kat tepi keta..mamat tu pun maki hamun xhingat org keliling..time tu mmg aku pegang lg lelaki tu sbb dia mmg tgh keras je nak hayun penumbuk..aku suruh dia istighfar byk2..sambil aku pun istighfar jgk..aku dah nangis2 dah time tu..giler kot nak buat kawan aku gitu..kalo ye pun bengang,jgn r smpi buat mcm tu...bila dah cool sket,aku tolak lelaki tu duduk..pastu aku angkat membe aku msk keta..terus aku kunci keta tu..takut mamat ni buat tindakan pelik lg...

aku pun slow talk kat lelaki tu..mcm2 le aku nasihat..tp aku xingt apa aku ckp..yg aku tau aku nangis2 kat situ..aku menggeletar giler time tu..dlm pada tu aku takut jgk dia hayun penumbuk kat aku..nasib baik aku xkena apa2..bila dah cool,aku suruh mamat tu mintak maaf kat awek dia..mcm biasa r,time ni ko merayu dgn airmata darah pun mmg xdpt apa le..kalo ikut aku pun,aku xnak kawen dgn org mcm tu...takut aku tiap2 hari kena mkn penumbuk lepas kawen nnt..tp lelaki ni pun br 1st time buat gini..dah pendam lama sgt le ni..

membe aku tu ajak aku blik..mmg dah xnak dgr apa dah laki tu nak ckp..aku masuk keta,aku tgk tgn minah ni dah mengeletar..aku terus peluk dia..pilunya aku masa tu bila dia ckp dia takut sgt..Ya Allah..mampukah dia dgn dugaan ini..aku pun nangis2 jgk le..lepas dah tenang n aku dah ok,terus drive n hntr dia blik rumah..aku pun balik le...

budak2 ni kalo depan wan,segan sket...xde r nak memaki hamun depan wan..kalo le wan ada,mesti xjadi mcm ni..hmmmmm....i wish u there abg...

Thursday, December 13, 2012

hadiah hari lahir

0 comments
Besday aku bulan lepas..hadiah pun mmg dah lama dpt..nak kena cite sbb nnt aku terlupa plak..aku dpt awal hadiah besday aku sbb wan kena g laut time besday aku..  
 
wan kononnya nk buat surprise tp malu..cheh..dah lama kawen dgn aku pun 
nak buat surprise..hhu...so,tanpa balutan...tanpa reben..hanya berada di dlm plastik....nile hadiah aku...

..amik gmbr kat mudah je ..huhu...


wan pun letak atas meja je...aku tnya br dia ckp ni hadiah aku..hadoiii...xromantik le bro..dr dulu hingga kini..hahaha

tq cyg!

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

0 comments
dah 2tahun lebey rupanya aku kawen..bln5 tahun depan genap 5 tahun aku kawen..syukur kerana Allah kurniakan husband yg terbaik le utk aku..

tarikh hari ni...12.12.12 pernah jadi target aku utk mengandung lepas gagal pregnant tahun lepas..namun smpi tarikh ni aku masih blom dikurniakan rezeki yg maha besar dr Allah..

aku mmg dah stop jumpa doc sbb dah xtahan nak makan ubat perancang..aku rs kecewa sgt setiap kali aku telan ubat tu..aku tau aku xkan bley preggy kalo mkn ubat tu...tp paksa jgk sbb doc suruh kan..oh ye..aku ni ada PCOS...malas nk terang pasal PCOS..apa yg bley aku simpulkan PCOS tu unbalance hormon..so, aku agak susah nak preggy sbb hormon aku ada yg terlebey n terkurang dr org lain...ada x cure utk penyakit ni?? jawapannya TAK DE! perghhh...besar sungguh ujianMU ini Ya Allah...

kecewa?sedey?geram? dah xde kot perasaan tu...skrg ni dah masuk tahap kedua dlm hidup aku...REDHA..semua tu kan ketentuan Allah\...mungkin ni yg terbaik utk aku...walaupun aku amat2 mengharapkan zuriat..

oh ye..adik aku bakal dpt bby bln4 tahun depan...huhuhu...bunting pelamin weh...aku pernah mengiginkan bunting pelamin..tp dah berapa tahun dah ni,so xdpt le nak bunting pelamin spt yg dinginkan..hehehehe..tunggu je la anak buah lahir..main je la dgn anak buah...

adik aku pun mmg aim nak anak cpt sbb kesian kat mak aku yg tunggu lama nak cucu ni..at least xde r mak aku lama sgt tunggu...ramai yg tnya...aku mcm mana lepas adik ipar aku dah preggy..aku xtau nak jawab apa..aku senuym je la...tp hati aku menjerit2 nak jawab.."melopong r..tu pun nak tnya lg ke?lg mau tanya ke soalan tu??!!" tp xberani r nak ckp gitu..gile ko nk ckp gitu kat makcik2...sampai bebila le xtegur aku jawabnya..hehehe

aku tersangat2 sedey bila tgk bby kena buang merata2...pastu bila antara kwn2 aku pregnant n ckp kat aku 'sebenarnya nk enjoy dulu tp teraccident plak'...waaaaa...besarnya rahmat yg Allah turun kepada mereka tp mereka xnk bersyukur...kalo bley pindah bby dlm perut tu,aku nk pindah je kat dlm perut aku yg besar ni..huhuhu

aku skrg tgh diet..kena turunkan 10% dr berat aku skrg...susah gile sbb penyakit aku ni sebabkan berat badan aku mmg naik mendadak tanpa bley dikawal n susah sgt nk turun...aku pun dah xperiod 6bulan dah...sama je dgn adik ipar aku..tp adik ipar aku pregnant..so,kalo aku ni pregnant,bby aku sebaya je dgn anak dia..hehehe...nak buat mcm mana..takdir Allah...

Miracle..tu je yg bley aku ckp kalo aku pregnant...aku dah tnya PakCik Google..kebanyakan yg sakit PCOS ni mmg susah nk dpt anak atau nama sinonimnya adalah MANDUL...subhanallah..mintak dijauhkan sejauh2nya...aku nak anak..aku nak anak ramai..

dulu,sebab terlampau nak sgt bby,aku buat set bantal bby...sedey kan hidup aku?hehehe...tp aku sedekah je kat akk ipar aku lepas dia bersalin..kakak ipar aku??yes!! kakak wan....hahahaha

aku rasa,kat sini le aku jujur..kalo org tnya,jawapan aku sama je..xde rezeki...rilex2 dulu...honeymoon puas2 dulu...warghhh!!!tidak!!!tu bukan jawapan ikhlas dr hati..tu nk menutup hati yg kecewa je...nnt kalo aku senyap n senyum,org luar bkn tau pun..still nk tnya aku jgk supaya aku ckp sbb apa aku xde anak...siap compare anak dia kawen sekali dgn aku n cucu beliau dah berjalan skrg...korg xtau ke hati aku sakit sebenarnya!!! aku jaga hati korg tau..kalo aku xjaga,aku blah buat muka toya je..xpun aku tumbuk muka korg tanpa henti...huhuhu...semua tu kan rezeki dr Allah..kenapa nak samakan aku ni dgn org lain??ok..aku mmg kena sama dgn org lain supaya aku nmpk normal...

aku dah lama membebel kat sini..oh ye..nk cite pasal wan..dia ok je buat masa ni...dah mcm2 ktorg usaha..wan lg redha aku rasa..dr awal2 lg dia mmg tau ktorg susah sket dpt anak sbb dia kata aku ni susah nk period sejak aku bujang lg..tp sbb syg,dia kawen jgk dgn aku...waaaaaa...pikir jgk nk amik anak angkat tp wan xnak sbb dia kata kami muda lg...blom habis lg usaha n jalan ktorg tempohi...ada jgk terpikir suruh dia kawen lg sbb kesian kat wan yg mmg nak anak jgk...wan tolak mentah2 cadangan tu sbb dia kata selagi aku ada rahim,aku mampu mengandung..Allah suruh usaha n byk2 sabar je lg...kak sha pun marah2 aku..ok kak sha,aku dah xterpikir lg...muahaaha...

link ni mmg link blog yg buat aku kena bangun semula bila tgk usaha blogger ni utk dpt bby...waaaaaaaa....dasyat gile smpi buat pembedahan... http://am-honey.blogspot.com/2011/08/how-i-got-pregnant-part-5.html#comment-form

ekceli duit dah cukup utk buat pembedahan tu tp wan xbg lg..dia risau memandangkan dia kene slalu ke laut..nnt sapa plak nak jaga aku kan...wan kata dia nak kumpul duit banyak2....bkn nak beli rumah lg...tp nak g umrah katanya...mungkin kat situ ada jawapannya...waaaaa...laki aku ke ni???