Friday, May 29, 2009

.: Apa yang tersirat ek..:.

2 comments
Kepada yang lelaki, kalau perempuan cakap macam ni, so korang kena paham-paham la apa yang dorang maksudkan ye. Perempuan ni penuh dengan ayat yang tersurat dan tersirat. Ye lah, perempuan kan… ;))

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nakmasak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

- hahaha...kebanyakan perkara yg berlaku di atas adalah benda yg kerap jd kan??korg jgn nak tipu r...sure semua ni penah rasa or buat...sbb aku pun selalu buat semua benda di atas...nak jaga hati wan le kononnya...kalo ckp straight je nnt, takut dia terkejut plak...wan kan berjiwa lembut...hahaha...

.: Lelaki Handsome vs. Lelaki Tak Handsome (",):.

2 comments
Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Renung2kanlah...dan selamat beramal...hehehe...ada kena mengena ke ni??ahaks...

.: Cinta Langit dan Laut :

0 comments
Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.

Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran.

.: Cinta Jarak Jauh :.

0 comments
Cinta Jarak Jauh Melukakan Hatiku
17 Nov 2008
Kategori: Kisah Cinta Ungkapan Cinta

(Kisah ini kisah benar dan sangat sesuai dibaca oleh pasangan yang sedang bercinta pada jarak jauh. Kepada kaum Hawa berhati-hatilah dalam percintaan dan kaum Adam janganlah mengambil kesempatan ke atas kelemahan kaum Hawa. Hargailah orang yang anda sayang. Bacalah coretanku ini….)

Aku seorang wanita yang hanya dikenali dengan nama Jue oleh rakan – rakanku dari dulu hingga kini. Aku adalah satu – satunya perempuan dalam adik-beradikku yang seramai 6 orang. So tidak mustahil aku berperwatakan seperti seorang lelaki. Sebelum aku menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah, aku tidak pernah menjiwai ciri-ciri seorang perempuan dan juga tidak pernah mempunyai kawan rapat yang sejantina denganku.

Tapi segala-galanya berubah apabila aku berpindah memasuki sekolah berasrama penuh di Melaka pada tingkatan 1. Aku seperti terkena kejutan budaya kerana pelajar – pelajar di situ tidah bergaul antara lelaki dan perempuan. Dari situ aku belajar untuk berkawan dengan perempuan.

Persekitaran sekolahku membuatkan aku menjadi seorang perempuan dan paling membuatkan aku betul-betul tidak percaya ialah aku semakin janggal untuk berkawan atau bercakap dengan insan bergelar lelaki. Aku semakin kurang bersosial seperti dulu. Satu berubahan yang sangat menakjubkan dalam diriku.

Aku seorang yang suka memerhati dan membuat kesimpulan sendiri untuk diriku. Sepanjang aku berkawan dengan perempuan, aku sering mendengar kisah-kisah yang menyedihkan tentang percintaan mereka. Sebelum ini aku memang tidak pernah melibatkan diri dengan percintaan dan aku menyimpulkan bahawa lelaki sanggup bersusah payah memikat hati perempuan apabila mereka menginginkan perempuan tersebut. Tetapi setelah mendapatkannya, lelaki selalu membuat perempuan menangis secara sengaja atau tidak sengaja. Mereka ibarat tidak menghargai perempuan yang mereka idam-idamkan dahulu. Bagiku mana-mana lelaki semuanya sama sahaja. Akhirnya aku memutuskan untuk tidak bercinta sehinggalah aku melangkah ke alam perkahwinan. Aku mengimpikan sebuah percintaan selepas berkahwin yang sangat romantis seperti yang dialami oleh ayah dan ibuku. Aku berharap agar impianku menjadi kenyataan dan ia telah menjadi prinsip hidupku. Dengan prinsip yang aku cipta itu, aku telah menolak permintaan lelaki yang ingin menjadikan aku kekasihnya.

Tetapi aku sebagai manusia hanya tahu merancang, Allah yang menentukan segala-galanya. Ingin dijadikan cerita, aku sangat membenci seorang lelaki bernama Haikal yang merupakan classmate aku dari tingkatan 1 hingga 5 ketika di sekolah menengah. Dia selalu mengusikku sehingga membuatku naik angin. Aku sangat membencinya sehingga aku tidak boleh mendengar suaranya, apatah lagi melihat mukanya yang sememangnya tidaklah sekacak Norman Hakim.
Tetapi Allah Maha Kuasa. Memasuki tingkatan 5, aku dan Haikal menjadi akrab. Tetapi kami hanya berkawan rapat di dunia ‘sms’ sahaja. Apabila di kelas, kami seperti tidak kenal antara satu sama lain. Sepanjang persahabatan, dia sering memberi ‘hint’ yang dia ingin menjadikan aku lebih dari seorang kawan. Tapi aku sering mengatakan yang aku hanya ingin bercinta selepas berkahwin. Kata – kataku itu membuatkan dia kecewa. Walaupun dia berasa seperti tiada harapan untuk bersamaku, tetapi dia tidak pernah meninggalkanku walau sesaat pun dan terus berusaha untuk mendapatkan aku dengan apa jua cara sekalipun.

Selama 2 tahun persahabatan kami, aku melihat dia benar-benar ikhlas untuk berkawan denganku. Ahkirnya aku memutuskan untuk menerimanya sebagai ‘couple’ku apabila dia betul-betul meluahkan isi hatinya pada 1st January 2008 dengan berkata “Jue, aku cintakan kau”.. Bermulalah kisah baru antara aku dan Haikal. Percintaan ini merupakan kisah cinta pertama dalam hidupku selama aku berusia 20 tahun dan aku berharap ia akan berkekalan sehingga akhir hayatku.

Seperti biasa di awal-awal percintaan, segalanya berjalan dengan lancar. Selepas dua tiga bulan, pergaduhan sering terjadi antara aku dan dia, sehingga aku berasa menyesal menerimanya dulu. Paling menyakitkan hatiku, Haikal malu untuk mengaku aku sebagai kekasihnya kerana takut di gelar sebagai ‘mamat jiwang’ oleh rakan-rakan sekuliahnya. Bila aku bertanya kenapa mahu berselindung? Haikal menjawab dia belum bersedia untuk orang mengetahui kisah cinta kami. Selain itu juga, Haikal lebih mementingkan rakan – rakannya dalam segala aspek sehingga aku berasa seperti tidak di perlukan lagi. Pernah satu ketika, Haikal meminta izin untuk meninggalkan aku di Plaza Low Yat keseorangan setelah dia terjumpa rakannya di situ juga.
Inikah CINTA?? Inikah layanan dia terhadapku setelah dia bersusah payah mendapatkan aku?? Aku begitu tidak menyangka bahawa dia melayanku sebegitu kerana sebelum kami bercinta, dia begitu baik melayanku bagaikan seorang lelaki yang berkomitmen tinggi terhadap perempuan. Sampai hati dia melakukan seperti itu terhadapku… Bermacam-macam lagi pergaduhan yang kami alami. Aku benar-benar terasa seperti tiada nilai di matanya. Kadang - kala aku terasa seperti dipermainkan olehnya.

Haikal yang aku kenali memang seorang yang sosial. Tetapi dia pernah berjanji padaku yang dia tidak akan meninggalkan aku dan dia ingin menjadikan aku sebagai isterinya. Dia juga berkata bahawa akulah cinta pertama dan terakhir bagi Haikal. Tetapi di sebabkan dia yang sangat sosial, dia sering melukakan hatiku. Bagi Haikal, dia tidak sanggup melihat aku mempunyai kawan lelaki walau seorang. Tetapi dia tidak pernah sedar yang dia mempunyai ramai kawan perempuan yang seksi-seksi dan sering bertepuk tampar diantara mereka. Haikal memang manusia jenis pentingkan kawan-kawan daripada keluarganya sendiri dan juga aku. Aku sering menangis memikirkan semua ini. Haikal!! Kau sangat kejam terhadapku!!

Setelah 5 bulan percintaan aku dan Haikal, kini Haikal terpaksa perpisah denganku gara-gara dia ingin melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Apabila aku mendengar berita tersebut, aku benar-benar risau dan sedih. Kini tercipta satu kisah baru iaitu percintaan jarak jauh antara aku dan Haikal. Ya Allah…begitu besar dugaan aku setelah aku melanggar prinsipku sendiri untuk tidak bercinta sehingga aku berkahwin. Adakah ini balasan bagiku?? Walaupun kami sering bergaduh, tetapi aku terlalu sayang terhadapnya dan aku tidak sanggup berpisah dengannya….oh tidak….bolehkah aku dan dia mengekalkan percintaan ini walaupun kami berjauhan??

Di awal percintaan jarak jauh ini, kami sering berhubung melalui e-mail,friendster dan juga ‘sms’. Sekali sekala ada juga Haikal menelefonku. Aku berasa gembira kerana dia selalu mengingati aku walaupun kami berjauhan… Kami juga jarang bergaduh ketika itu. Ya Allah, bahagianya aku..

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Sudah sebulan lebih Haikal di negara orang. Walaupun dia berjauhan denganku, pergaduhan terjadi juga antara aku dan Haikal. Apa yang aku risaukan benar-benar terjadi. Dia menjadi semakin sosial dan jarang membalas semua e-mail dan komen di friendster yang aku kirimkan padanya. Pada mulanya aku fikir kemungkinan Haikal busy. Tetapi semakin lama semakin pelik aku di buatnya. Haikal terus-menerus menyepi diri tanpa khabar berita. Aku semakin risau. Aku cuba menelefonnya tetapi tidak pernah berjawab, apatah lagi sms. Tidak pernah di balasnya walau sekalipun. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya aku.

4 bulan Haikal menyepikan diri dariku. Tiba-tiba aku tergerak hati ingin menelefonnya menggunakan nombor adikku di pagi raya yang lalu pada 1st October 2008. Setelah menunggu akhirnya berjaya juga aku menembusi taliannya. Tapi hatiku bagai dirobek-robek kerana yang menjawabnya suara seorang wanita dan bila ku tanya apa hubungan dia dengan Haikal, dengan bangganya dia mengatakan dia kekasih Haikal dan sedang mengandungkan anak Haikal tanpa sebarang ikatan perkahwinan. Menurutnya, Haikal ingin wanita itu melahirkan anak dalam kandungannya dan Haikal bakal mengahwini wanita tersebut yang membahasakan dirinya sebagai Jiha. Aku hampir pengsan mendengar kata-kata Jiha..Ya Allah….. Inikah namanya cinta? Inikah akibatnya aku melanggar prinsipku dahulu?? Haikal, sampai hati awak buat semua ini pada saya. Apa salah saya terhadapmu. Cepatnya awak berubah, sedangkan percintaan kita belum cukup setahun.

Di pagi raya itu juga aku menangis memikirkan apa yang telah terjadi padaku. Aku serik dengan percintaan ini. Mulai saat itu, aku telah menutup hatiku untuk semua lelaki. Aku kecewa dengan percintaan yang baru pertama kali aku lalui. Inilah percintaan pertama dan terakhirku. Haikal, aku tidak akan maafkan apa yang kau lakukan padaku. Inikah balasannya setelah aku begitu setia padamu? Inikah hadiah yang kau berikan padaku setelah aku tewas dengan pujuk rayumu di saat kau menggodaku dulu? Kini benarlah apa yang aku pernah katakan dulu bahawa lelaki sanggup bersusah payah memikat hati perempuan apabila mereka menginginkan perempuan. Tetapi setelah mendapatkannya, lelaki suka membuat perempuan menangis secara sengaja atau tidak sengaja dan mereka tidak pernah menghargai perempuan yang mereka idam-idamkan. Lelaki memang serupa. Hanya pandai mengayat. Haikal!! Aku tak akan maafkan kau. Aku tidak dapat melupakan apa yang terjadi ke atas diriku ini. I hate u forever and ever Haikal!!! I HATE YOU!!!

Ya Allah.. maafkan segala kesilapanku yang lalu. Aku menyesal dengan apa yang telah terjadi. Walaupun aku telah kehilangan Haikal, orang yang benar – benar aku sayang dan percaya, aku tidak akan sesekali menzalimi diriku sendiri. Akan aku buktikan bahawa aku boleh hidup tanpa Haikal bukan hanya 2 3 saat, tetapi untuk selama - lamanya. Dan aku akan buktikan bahawa aku boleh mendapatkan lelaki yang lebih berguna dari Haikal. Tiada guna aku mengharap pada lelaki seperti Haikal. Aku akan membenci Haikal seumur hidupku dan aku tidak akan memaafkannya.. Haikal adalah racun dalam hidupku untuk selama - lamanya……
Kepada rakan – rakan yang sedang hangat bercinta, hayatilah kata – kata ini…
Berkawan tidak semestinya bercinta,Bercinta tidak semestinya bertunang,Bertunang tidak semestinya berkahwin,So, jangan mengharap pada sesuatu yang tiada kepastian lagi.Kerana seandainya apa yang anda harapkan tidak tercapai,

Ia mungkin akan melukakan hati dan melemahkan semangat anda untuk terus hidup..

Raja Julia Raja Imran
Klang, Selangor.

.: Cinta Jaraj Jauh :.

0 comments
Cinta Jarak Jauh Melukakan Hatiku
17 Nov 2008

(Kisah ini kisah benar dan sangat sesuai dibaca oleh pasangan yang sedang bercinta pada jarak jauh(macam aku le kononnya...ahaks..). Kepada kaum Hawa berhati-hatilah dalam percintaan dan kaum Adam janganlah mengambil kesempatan ke atas kelemahan kaum Hawa. Hargailah orang yang anda sayang. Bacalah coretanku ini….)

Berkawan tidak semestinya bercinta,Bercinta tidak semestinya bertunang,Bertunang tidak semestinya berkahwin,So, jangan mengharap pada sesuatu yang tiada kepastian lagi.Kerana seandainya apa yang anda harapkan tidak tercapai..

Ia mungkin akan melukakan hati dan melemahkan semangat anda untuk terus hidup..

Nukilan,
Raja Julia Raja Imran
Klang, Selangor.

.: Basuh Motor :.

0 comments
ptg semalam aku basuh motor...hehe...actually bukan aku pun.,..membe aku tolong basuhkan..sweet je...kelmarin aku mengadu kat dorg moto aku dah kotor...pastu jumaat ni mak aku nak dtg...nnt mak aku terkejut plak tgk moto dia kotor...hehehe...

aku xsangka dorg ajak aku basuh motor kat IBC...pergh...xpe ek nak basuh motor kat RTM...hahaha...jd ptg smlm..aku, dicky n hibri dok basuh moto...hibri le yg semangat sgt...sekejap je moto aku yg kotor giler sbb dah 2bulan xbasuh jd berkilat...

mula2 ifa n faiszul pun semangat nak join...alih2, dorg g dgr ceramah utk insurans...langsung xjoin...adoi...hahaha...

thank u all sbb byk sgt tolong aku...sblm ni pun dorg byk giler tolong aku...xpenah lokek kalo nak bantu aku...at least aku xde r keseorangan kalo aku ada masalah nnt...

so, hr ni dorg mintak ayam golek pantai dalam...alahai...kopak duit aku...xpe r...bkn selalu pun...si ifa dgn faiszul pun aku kena belanja jgk ke??hahaha...

xsangka aku jumpa jgk membe mcm halim n zaki kat RTM ni...aku ingatkan dah xjumpa membe mcm dorg lg..

aku xdpt amik gmbr...dorg xbg...hehehe...xpayah r aku bgtau dorg ugut apa...hehehe..ahaks..

Monday, May 25, 2009

.: Desa Waterpark :.

0 comments
ahad ini aku serta kwn2 aku (mcm biasa r...kak sha, fiza n yus) akan melencong ke desa waterpark...sgt xsabar utk pergi...mesti sgt best...eee...seyes r xsabar...

tu je la...sekian terima kasih...

Monday, May 18, 2009

.: Trip To Perhentian Island :.

2 comments
post kali ni mmg khas utk kak sha dah fiza sahaja...yg lain bley baca je...xbley join...bg ktorg usha line dulu ek...hehehe...

kepada fiza n kak sha, semua ni mmg dah sedia..tinggal nak tunggu conformation korg je...cpt2 konfom sbb aku nak booking chalets...

Perbelanjaan (utk seorang):

Tambang komuter dari rumah ke Putra(sila amik tiket komuter ke stesen Putra) = RM 2.00 pergi dan balik
Tambang bas dari Putra ke Kuala Besut = RM 80 (yg ni mazni akan beli..sila bank in duit ek..)
Sewa Guess House = RM20 (ni kalo kt smpi awal kat sana...kalo jumpa surau or masjid, xpayah le stay kat sini..)
Sewa boat dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian (Anjung Holidays)= RM70 pergi balik
Sewa chalet :
- Nama Chalets : Abdul Chalets
- Jenis Bilik yg Diperlukan : Family Gardens
- Kemudahan : 1 Queen Bed + 1 Single Bed + Fan
- Harga : RM85
- So, sorg kena bayar RM30
Snorkelling : RM50
Bajet utk makan :
Breakfast : RM5 per person - 2kali makan
Lunch : RM15 per person - 2kalimakan
Dinner : RM15 per person - 1 kalimakan
Total Bajet Makan : RM55

Jumlah keseluruhan : RM 307

Schedule:

2/7/2009 - 11.00 mlm - Bertolak dari Putra

3/7/2009 - 6.00pagi - Tiba di kuala Besut (seandainya sampai awal, kena cr Guess House ataupin surau)
8.30pagi - Naik bot(jangka masa dlm bot dalam 2jam..kematu le bontot masing2...)
- check in, lunch n mandi pantai

4/7/2009 - Pagi -kt g SNORKELLING!!!
- tengah hari - Check out n lunch
- 4.00ptg - kena naik bot ke jeti sbb bot ada ms ni je..
- 11.00mlm - bertolak balik ke KL..

ps:// apa2 pertanyaan, sila bgtau aku ek...harap2 ni semua dpt direalisasikan...kalo nak beli barang, semua ikut bajet masing2 ek..kiranya, yg wajib adalah RM307...jgn risau pasal chalet sbb aku dah call n tnya pasal semua tu...tinggal nak booking je...

Tuesday, May 12, 2009

.: Senyum Sokmo :.

2 comments
huhuhu..aku jamin sure semua akan terkejut kalo aku cakap benda ni...mula2 aku xnak ckp kat blog..nak buat rahsia je...tp mcm xsedap plak...hehehe...jadi...di sini le citer bermula...

pada 9hb 5 2009 a.k.a sabtu yg baru je berlalu...aku buat pertamanya keje masa weekend...huhu...sgt xbest...dah le aku sorg je yg keje hr tu...budak2 lain lambat sampai le plak....so, aku pun goyang kaki je mkn gaji buta...aku berpikur bahawa mungkin esoknya iaitu hr ahad aku terpaksa stanby jgk...tp tiba2 aku dapati yg aku xbekerja pada hr esoknya...

tapi penonton yang menonton blog ini...buka hal keje yg aku nak citer kat sini...setelah lunch, aku berpikir nak g rumah kak sya n lepak kat sana besok....hehehe...aku mmg suka merayap...

tetiba aku mendapat panggilan dr terengganu...(hehe...wan le...)memberitahu aku bahawasanya dia merindui aku...aku plak tanpa berpikir panjang yg bermeter2...aku membuat keputusan drastik utk turun terengganu...mula2 wan xbg...tp aku dgn rs xbersalahnya...buat bodo je...hahaha...

kejap tu jgk aku g kl sentral...beli tiket...balik rumah n pack barang...mlm tu pukul 7 aku bertolak dr opis ke komuter n turun kat putra...bas aku bergerak ke terengganu tepat pukul 9 mlm...huhu...

aku smpi ke kuala terengganu pukul 3.30 pagi...takut beb...mmg le ramai org...tp kebanyakannya lelaki n tgh main dam...huhu...takut giler ms tu...menyesal jgk aku xbg wan dtg amik(sbb dia keje mlm tu...takut dia kelam kabut nnt...)dah tu mcm biasa..aku pun kena le kaco dgn lelaki kat situ...aku diam je...bukan apa...sbnrnya aku xpaham pun apa yg dorg ckp...kalo loghat utara tu aku paham le...hehehe...

aku pun dgn rs nak nangis yg sgt melampau...menalipon wan supaya amika ku n letak aku kat surau or masjid...dlm 15minit lepas tu wan dtg naik pajero company dia...tuhan je yg tau perasaan aku ms tu...cuak giler...15minit aku tunggu tu dah rs mcm 15jam..lama giler rasanya...huhu...

bila wan smpi, dia pun hntr aku rumah abg lan...pekerja dia...oppsss...abg lan dah kawen ek...mlm tu pun abg lan keje mlm...so, aku tido rumah tu ada wife dia je la...selesa jgk rumah dia...besar giler...huhu...

pagi tu wan amik aku menaiki kaki..(jalan kaki je...wan xtau jalan keta...huhu..lgpun wan xde keta...waa...)ktorg g kilang kopok...kat situ r wan tunjuk mcm mana buat kopok lekot n kopok biasa yg korg selalu goreng tu..hehe...wan pun membelikan aku 2jenis kopok utk goreng...mahal seh...rm13..tp wan kata kopok tu yg paling sedap...sbb tu mahal...entah le...aku pun xtau mcm mana rasanya sbb aku xgoreng lg...hahaha...

lepas tu ktorg g seberang...naik bot penambang gitu...hehehe...ms tu le wan tunjuk pulau tempat keje dia...pergh besar gak projek si wan ni...bangga plak aku tgk...hehe..

sampai je kat seberang...ktorg g pasar payang...yeahaa...kat sini le aku membeli serta memborong apa yg ada...dan spt biasa...xkan aku nak bayar plak kan??mesti r aku pow wan...hahaha...dr baju mak aku...ke kopok sira madu(sedp oo kopok ni..rugi aku beli sikt je..)..comforter...sehingga le ke souviner utk kwn2 aku...hahaha...semua r dia tolong bayarkan...dia kata dia nak ucapkan tima kacih kat aku sbb aku turun tganu jumpa dia...dia happy sgt...huhu..

lepas aku pusing satu pasar payang tu...ktorg naik teksi n g Taman Tamadun Islam...pergh...kat situ mmg best giler...ada byk replika masjid2 di seluruh duni...seyes...mmg sgt cantik..taj mahal pun nmpk mcm real je...cantik sgt...simbolik kan wan bwk aku kat situ...sblm mendirikan masjid, kt kena tgk masjid2 yg berjaya didirikan...huhu..

dgn bayaran teksi yg agak mahal...huhu...pegi balik rm 30 ooo...tp ok la sbb jauh...huhu...

sblm aku balik, wan bwk mkn kfc tp aku xmkn pun...kenyang tgk dia mkn...susut sgt badan wan...sedey sgt aku tgk dia....mcm teruk sgt keje dia...aku ada buatkan tempe n ikan bilis pedas...kalo2 dia xlarat nakk mkn kat mess, dia bley mkn nasi dgn tempe tu je...huhu...kesian laki aku yg sorg ni...

aku punya bus ke kl pkol 1ptg...sblm naik bus...dia pegang tgn aku...xbg aku balik...aku tgk dia mcm nak nangis...alahai mamat ni....dlm kejiwangan le plak...tp aku pun sedey jgk...cuma aku xnangis je...aku takut kalo aku nangis nnt dia plak yg sedey....waaaa...nangis dlm hati je la...

pkol10 aku tiba kat rumah...lmbt smpi sbb bus rosak kat tgh jalan...xpe la...yg penting aku smpi...walaupun aku jumpa wan kurang dr 5jam je...tp kami mampu berbincang,bercerita n bersembang...bermanja je yg xsempat...ahaks...

ps:// kepada kak sha n fiza...sila redeem souviner anda yg wan belikan..wan yg belikan tu...ke mana saja ingat kak sha...hohoho...

Saturday, May 9, 2009

.: Kenapa Saya Sayang... :.

1 comments
kenapa sy syg wan??
sebab dia sengal...
xsiuman...
kadang2 agak cacat...
tp...apa2 pun yg dia buat, sy tetap syg dia...
kenapa??
sebab mak n ayah sy syg sgt kat dia...
kwn2 sy pun syg dia...
dia pun rapat dgn semua kawan2 sy...
dan yg paling penting...
dia sanggup terima sy yg cacat+'semangat'...hehehe..

kenapa sy syg kak sha??
sbb dia best...
kdg2 dia garang...
tp apa2 pun...dia marah tu bersebab...
xkan dia nak biar adik2 dia spt aku ni nakal n kuar dgn lelaki lain...
hahha...
lgpun...mak sy pun suka kat kak sha...
dan sy akan suka setiap org yg mak sy suka...

kenapa sy suka fiza??
sbb dia best...suka mkn...
suka sgt makan dgn fiza...tp aku xbley selalu jumpa fiza...
nnt berat badan aku naik...ahaks...

apa2 sekali pun...sy paling syg mak saya...
mak..rindu sgt...nak balik...
tapi tunggu gaji kak co masuk dulu le ek...
senang nak belanja mak mkn pizza...
nak belikan mak kek utk hr ibu tp mak xbley mkn kek...
manis sgt...

ashman...rindu sgt...
besday kamu nnt kakco mmg akan belikan baju yg kamu suka tu...
jgn risau...
kak co xkan balik tgn kosong lg...

ayah...
semangat ek dpt pingat kebesaran...
kali ni dpt berapa ribu??
kalo byk tu passing2 le kat kak co...
hahaha...

asyraf...kamu balik sekali dgn kak co tau...
bg mak sonok...
hehehe...
bley pow kamu jgk nnt...hehehe....

ps:// nama2 di atas adalah insan2 yg amat bermakna dlm hidup saya...thanks 4 everything...

Friday, May 1, 2009

.:Melaka!! Here I Come!! :.

7 comments
besok...2hb mei 2009 aku akan pulang ke melaka..pulang ke??rumah aku kat perak..apsal plak aku kata pulang ke melaka ek..ni adalah kerana aku sgt2 merindui melaka...merindui saat aku bersama kwn2 aku dan juga saat2 aku bersama wan...

kali ni aku akan dok kat rumah yus..sbnrnya, aku nak dtg melaka sbb nak amik tesis aku..PSM le..lupa lak..huhu..berkurun lamanya aku menyiapkan PSM tersebut tp aku xpenah nak tgk hasilnya...so, besok aku akan melihat hasil kewangan serta titik peluh aku semasa menyiapkan PSM...

aku dah suruh yus amikan...terima kasih ek yus...so, aku akan membelanjai dia McD kerana kesusah payahan dia mengambilkan PSM aku itu...

selain itu, aku dtg ke melaka sbb aku dah lama gila xjumpa membe2 aku yg still ada kat melaka...erm...lama gak r xjumpa dorg..nak tnya jgk perkembangan mereka sepanjang kat melaka...

xde sapa yg akan temankan aku ke melaka..dulu ada wan nak temankan aku ke mana2...skrg ni aku kena survive sorg2 le...waaa...sedey r jadi janda ni...br aku paham...huhuhu...susah betol nak jumpa dia...dulu, time xde duit, bley jumpa hari2...skrg ni time berduit, dah susah nak jumpa...susah yg mmg susah sgt...adoi...masukkan duit utk aku tiap2 bulan pun xguna jgk...bkn aku bley jumpa dia pun...skrg br aku tau yg duit bukan segala2nya...skrg br aku sedar, walaupun xde duit ms kat melaka dulu, tp aku happy sbb aku dpt jumpa dia...tiap2 minggu pun dpt jumpa...tp skrg ni, walaupun dia bank in kan duit utk aku, aku ttp rs xbest...sbb aku dah xdpt nak shopping dgn dia lg...dah xdpt nak gk muka cerewet dia tiap2 kali pilihkan barang or baju utk aku...waaaa.....

AKU SANGAT SEDIH!!!

PS://sygilah bf anda sementara dia masih ada lg di sisi anda...dan jgn sekali2 meninggalkan or melupakan kwn2 anda semasa bf anda ada disisi...sbb, seandainya bf anda tiada disisi, anda still ada kawan2 yg akan sentiasa ada bersama anda...thanks kak sya, fieza n dayah sbb sudi mengisi kekosongan di hati ini....