Thursday, April 29, 2010

...Pantang Larang Sebelom Kawen...

0 comments
hmmm...disebabkan tarikh perkahwinan aku semakin dtg menghampiri dan menyempitkan lg otak aku yg dah mmg sedia serabut dgn masalah2 yg sbnarnya aku xpayah pikir pun...hahaha..merepek mende la aku ni...
3minggu lagi tarikh keramat tu akan tiba...tarikh yg bakal mengubah status kedaraan aku..kih kih...
kat sini aku nak share something utk kwn2 aku yg bakal jd pengantin jgk...korg ikut la petua ni ek..aku xikut...hahaha...

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
2. Jangan tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.
3. Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.
4. Jangan makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.
7. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
8. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.
11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.
14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.
17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
19. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.
21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.
24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
26. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
27. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
28. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
29. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.
32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.
33. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
36. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
41. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
43. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Kebanyakan pantang larang ini tidak diamalkan lagi dan ini hanya untuk pengetahuan dan rujukan sahaja.

Monday, April 26, 2010

...Yang Terindah Dalam Hidupku...

0 comments

Semenjak kau hadir dalam hidupku..

Tiada lagi keresahan..

Kau mengetuk pintu hatiku..

Tanpa sedar hingga kuizinkan..

Kau yang bernama cinta..

Kau yang memberi rasa..

Kau yang ilhamkan bahagia...

Hingga aku terasa indah...

Maaf jikaku tidak sempurna..

Tika bahagia mula menjelma..

Bila keyakinan datang merasa...

Kasih disalut dengan kejujuran...

Mencintai dirimu...

Merindui dirimu..

Memiliki dirimu..

Hingga akhir hayat bersama kamu..



Friday, April 2, 2010

. Preparation .

7 comments

tarikh dah nak dekat...
dalam sebulan lebih je lg ni...
aku masih lg selamba...
selamba mcm xde apa2 je nak jadi...
tp kekadang aku cuak jgk...
mana le tau...ada apa2 jd time majlis tu nnt..
pelamin dah cr...murah jgk r...
rm900 je...siap dpt 3pasang baju lg...
baju khatam quran,sanding dgn potong kek skali...
:: Rumah sebelah aku kaler oren ::

:: Sebelah wan kaler ni,,::

:: Aku nak sgt pakai baju ni tapi mak aku kata seksi...lgpun badan aku xsesuai...waaa...nak sgt!!::

sory apis...baju pengapit tidak disediakan...
sila buat sendiri ek...hahha
kesian jgk kat si apis tu tp nak buat mcm mana...xde bajet r ke arah dia.....
kenduri mula hari khamis...
tapi aku dgn selambanya blik kmpg hr khamis tu...
hehehe...
tp nak buat apa blik cepat...
mak aku pun xbg aku buat apa2...
hr tu time aku blik kmpg, rupa2nya dah setel semua...
gift nak bg tetamu pun dah siap...
tp xpacking lg le...
harap2 aku sempat le tolong pack kan...huhu...
cuma yg xsiap lg adalah baju nikah aku...
mak aku selamba kata nak jahit sehari sebelum nikah.,..
dia takut aku gemuk...
waaa....kalo xsempat mcm mana??huhu...


kad ah siap cuma belom bg org je lg...
bln5 nnt br nak mula bg...
kad aku design sendiri...
pastu hntr printing...
so, mmg cun r...
cun pada mata aku je la...
hehehe...


apa lg ek...erm...ha...
akhirnya aku dpt jgk merealisasikan impian aku...
aku dpt amik si razif tu jd cameraman aku...
sgt seronok...
nasib baik xmahal sgt dan masih mampu dimiliki...
hahhahaha...

wan dah cr cincin n gelang utk nikah...
well...mesti r aku yg pilih...
jahat la aku ni...hahaha...
actually, cincin utk wan pun aku dah beli...
so, xde r aku ni jahat sgt...
disebabkan wan xnak emas putih....
suasa plak ada 40% gold...
aku pun xtau nak belikan dia silver atau platinum...
sbb tu je yg xde langsung kandungan emas...
aku pun buat keputusan...
keputusan yg mengikut bajet aku serta mengikat perut aku ni...
belikan le platinum...
adoi...sungguh lumayan harganya...
tp xpe r...demi utk si dia.,.


honeymoon...
dah dibuat research...
aku nak g tioman...dah lama nak g...
wan pun xkisah...
aku pun beria r booking...
sekali wan suruh cancel sbb dia ada tempat lg best...
kecewa siot...
aku mmg nak sgt amik kat resort tu...
tp nak buat mcm mana kan...
dah mmg wan ada kuasa veto...
kalo aku bantah nnt, aku jgk yg kena pujuk...
last2, resort yg wan booking tu adalah resort yg aku nk g sgt tu...
:: Sun Beach Resort::
cuma wan terus booking utk honeymoon pakej...
konon nak buat surprise kat aku...
tp jadikan aku reference dia...
sekali resort tu call aku nak buat pengesahan...
habis kantoi semuanya....
tp smpi skrg pun wan xtau yg aku dah tau benda ni...
aku suruh budak yg call tu senyap2 je...
nnt aku pura2 r berlakon terkejut...hahahaha....
lawak betol la si wan ni....


perasaan??
cuak+cuak+cuak....
xde yg ada melainkan cuak....
ada ke perasaan best??
meh sini aku rasa sket....
waaaa....xde...
semuanya perasaan takut...
takut utk jd bini org...
takut sbb aku xmatang lg...
takut aku akan jd lg garang...<-xberasas.. tp semua yg dah kawen kata best... nas...syaida...noey....
tp kena ada tanggungjawab.... tu je la...
pastu yg paling xbest adalah.....
aku xdpt kuar dgn guy lain lg!!!
selamat tinggal fahrinku....hehehe..

apa2 pun, aku xsabar nak tgk citer Supernatural sama2 dgn wan nnt...
nak suruh dia jumpa dgn kekasih hatiku...Dean...hehe

:: Doaku semoga hubungan berkekalan...::

Tuesday, March 23, 2010

...Dulu...Kini....

2 comments
kalau dulu aku selalu cakap...
dia xromantik langsung...
apa yg aku nak, xde pun dia nak buat...
aku nak jgk dpt apa yg member2 aku penah dpt...
hehe...tapi tu dulu...
entah napa sejak akhir2 ni, beliau tiba2 menjadi seorg yg sweet...
sanggup upah org hntr bunga utk aku ke opis...
sempena our anniversary...
romantik sgt...
pelik tapi benar...
maybe ada yg kata aku akan kehilangan dia...
atau ada jgk yg kata dia dah ada yg lain...
semua tu aku xpasti...
biar le itu semua...
janji aku syg sgt dgn dia...
dia ada waktu aku perlu...
dia ada waktu aku suka...
semua kenangan ni berharga...
akhirnya dia menamatkan relationship kami dgn cara yg akan aku ingati...
insya ALLAH syg...tahun depan kt sambut our 1st wedding anniversary plak ek...
love u so much....

:: Kek lawa tp xsedap... ::
:: The thing that i really love!! ::
:: The person that i love ::

:: Sayang kamu perlu kamu ::

Sunday, March 7, 2010

...baru perasan....

0 comments
aku baru tgk confession of the shopaholic...
actually ni kali kedua aku tgk...this is a nice movie...
tp aku bkn nak ckp pasal shopaholic pun..
sbb aku ni agak susah nak kuarkan duit utk beli baju or whatever benda le...
maybe aku ni agak kedekut kot...hehehe...
xkisah r apa2 pun...
tapi hati aku agak tersentuh bila time kwn dia kawen...
pada aku, sesuatu wedding tu xkan menarik kalo kwn2 yg rapat xde disisi...
pengapit adalah antara yg terapat sekali dgn pengantin...
sbb tu r dipanggil bestman...
hahaha..apa yg aku merepek ni?
xpe r...yg aku tau, aku dah reserve antara 2 org membe...
yg aku rasa paling rapat dgn aku...
mmg susah nak buat pilihan utk siapa yg menjadi pengapit...
selalunya, sepupu2 aku kawen, dorg just panggil adik or sepupu lain jd pengapit..
tidak semasa aku kawen nnt...
insya Allah...
pengapit aku nnt is the best guy n girl that i ever known..
sapa dorg tu??
kena r dtg wedding aku tu..
sapa yg bernasib baik menjadi pengapit aku nnt...hehe...
by the way...sblh wan nnt, mesti r jatt...
kekasih awal dan akhirnya...
kalo jatt ada awek, bley jd pengapit aku...
smpi skrg xdecide sapa yg akan jd pengapit aku sblh wan nnt...
erm...sapa ek...

ps: ni r yg terjadi kalo xbley tido diwaktu mlm...merepek xtentu hala...hehe...

Wednesday, March 3, 2010

....Sangat....

0 comments
kalo baru tadi aku mengepost blog mengenai kwn2 aku...
kali ni aku akan bercerita tentang member@kembar wan...
hehehe...best sgt...
tadi jumpa jatt...
sangat bahagia melihat wan bahagia...
sembang dgn jatt...lawak...gelak...
lama giler xdgr dia cacat gitu..hehehe..
aku ajak dia join tresure hunt under RTM...
tgk mcm berminat...
bestnya kalo ktorg semua dpt g....
ahaks....
anyway jatt....
masa mmg xcukup...
so, pleaseeeeee....
come again n entertain wan....
dia happy sgt jumpa kamu....
SANGAT happy...SANGAT best...hehe...

...Kalaulah boleh diputarkan masa...

8 comments
kalaulah boleh diputarkan masa...
aku nak kembali ke melaka semula...
di mana kegembiraan zaman remajaku bermula..
di mana aku menemui rakan sekelas yg best...
di mana aku berjumpa dgn rakan serumah yg menggembirakan...
di mana aku menemui kakak yg aku boleh anggapnya seorg kakak...
aku rindu sgt dgn kamu semua...
xkira betapa pahitnya kenangan bersama kamu semua....
aku tetap mengingati kamu semua yg mengajar aku erti sebuah kehidupan...

kak sha...
mmg kamu seorg kakak ...
tempat aku mengadu...mengadu PSM..pasal wan...pasal group...
mmg pada kamu...
kamu xpernah mengabaikan aku walaupun aku suka raba kamu...
suka kacau kamu time study...suka nyanyi kuat2 dlm rumah...

nadiah...
sabarnya kamu melayan kerenah aku...
segala nasihat kamu, aku akan ingat...
kamu sgt rajin...tu xkan dinafikan oleh sesapa pun...
kamu tempat aku gembira..menangis...
ada dgn aku bila2 masa aku perlu...

fiza...
walaupun aku suka kutuk...
xpernah sekalipun terasa...
walaupun aku tau kamu terasa...selalunya aku buat bodoh je...
tp aku xkan lupa bila kamu menangis time harijadi kamu...
sebab aku dgn kak sha menyiram kamu dgn air...

syu...
aku pernah marah kamu...
even kdang2 aku rs rimas dgn kamu...
tetapi..jauh di sudut hati aku...
aku tetap ambil tahu hal kamu....
aku still baca blog kamu sampai sekarang...
bila dah jauh mcm ni...br aku tau bahawa aku sebenarnya sygkan kamu...
aku xmintak kamu utk syg diriku...
yg aku minta hanya...ingatlah aku sentiasa...

dayah...
mula2 jumpa mcm sombong...
tp xsangka sgt best...
rapat dgn kamu ketika kt sebilik...
kemudian semasa aku dia KRU...
kemana sahaja aku ajak pasti kamu akan ikut...
pastu kamu yg akan bershopping sakan...
aku rindu nak kuar shopping dgn kamu...

hajar...
di akhir tahun br bertemu...
kemasukan kamu byk mengajar aku sabar...
contohi sikap kamu itu...
lemah lembut walaupun ada roomate yg nakal mcm aku...
pernah tertutup suis laptop aku time aku tgh buat PSM...
aku kena buat dr awal semula...
tapi aku xpernah marah kamu...
kerana kamu sentiasa mengingatkan aku tentang sabar...

izzah...
roomate lamaku...
childish sket...bersesuaian dgn umurmu...
dgnnya byk aku meluahkan perasaan...
bila malam menjelang...
share story masing2....
kadang2 buat aku terasa...tp aku peduli apa...
aku buat jgkk..hehehe...
sebab apa??aku mmg keras hati....

di sini aku ingin menyampaikan betapa dalamnya rindu aku pada kamu semua...
insya allah kt akan bertemu juga nnt...
aku akan sentiasa mengingati kamu...
walaupun setiap dr kamu pernah aku sakiti...
tp...kpd kamu semualah tempat aku mengadu...
aku sayang kamu...aku rindu kamu semua....