Friday, April 27, 2012

semoga makbul..

melihatkan fb kawan2 yg penuh dgn gmbr anak dorg...siap dgn cover photo gmbr baby dorg..hati aku ni sikit tersentuh..sikit? banyak kot...tp nak buat mcm mana..mmg dah xde rezeki...aku xmerancang utk dpt bby tp Allah blom lg makbulkan hajat aku ni...

aku bersyukur selama ni Allah byk memakbulkan doa2 aku dan suami..utk mendapat kehidupan yg lebey baik dan tenang..utk mempunyai karier yg lebih baik..utk menjadi suami isteri yg romantik dan penyayang...semua aku dah dpt..tp utk cahaya mata,blom lg Tuhan tunaikan..mungkin Dia lebih tau apa yg aku lebih perlukan..

dengki? jeles? keciwa?...dah xde dah perasaan tu semua..semua dah hilang setahun yg lepas..ya! aku dah kawen hampir 2tahun..sepanjang 2tahun ni,dah pelbagai cara aku buat utk mendapatkan zuriat namun masih belum dapat...

pcos? hmmm...aku dah xpercaya memandangkan kawan2 aku yg ada pcos berjaya hamil..malah ada membe opis aku tu siap bunting pelamin n skrg ni tgh tunggu utk anak keduanya...

dah bermacam2 doktor aku jumpa..dah berbagai ubat aku telan..ubat hormon? biodex? dah beribu aku laburkan tp masih belom ada rezeki...tp mungkin ini dugaan yg aku kena terima disamping kesenangan yg Tuhan bekalkan utk aku selama ni...kini aku xambil apa2 utk mendapatkan zuriat..hanyalah doa kepadaMu Ya Allah..disamping itu, aku bersenam dan menjaga pemakanan agar membolehkan janin bertapak di rahimku ini...

syukur ke hadrat Mu Illahi kerana memberikan aku ibu bapa yg sgt2 memahami hati dan perasaan aku ni..yg sentiasa memujuk aku dan mengingatkan aku tentang kebesaran Mu ketika aku sedang mengeluh dgn kekurangan diri ni..

syukur Tuhan kerana mengurniakan aku suami yg sentiasa berada di belakang aku..yg sentiasa memberi semangat kpd aku utk lebih berserah dan redha dgn ketentuan Mu..dulu aku selalu menangis,setiap kali kawan2 atau sepupu aku yg dpt bby dulu sedangkan mereka kawen selepas aku..tp suami, kau tabah melayan aku..aku sgt selesa ketika aku berada di dalam pelukanmu ketika aku amat memerlukan seseorg..Ya Allah..syukur Ya Allah kerana memberiku peluang utk disayangi begini...

pernah juga aku ditanya...mahukah aku melepaskan suami utk berkahwin lain sekiranya aku gagal memenuhi impian suamiku utk bergelar seorg ayah? sumpah aku tiada jawapan utk itu..aku ada bertanya kepada suami namun jawapan yg aku terima adalah renungan kasih syg dr seorg suami.."mustahil syg..."

Subhanallah..tunaikanlah impian kami utk bergelar ibu dan ayah suatu hari nnt...hanya Kau sahajalah tempat kami mengadu...kurniakanlah kami walau seorg anak...utk membahagiakan lg rumah tangga kami..utk mengembangkan lg keluarga kami..sesungguhnya..jika Engkau memberikan kami lebih dr seorg..kami sgt bersyukur Ya Allah...amin ya rabbal alamin..

1 comments:

Nur Mazni said...

eleh..kak sha dah sedey le tu..org tau..hahha