Friday, March 27, 2009

.: Hari Esok... :.

2 comments
besok..besok aku bakal meninggalkan bumi perak utk ke KL..sedey jgk...tp xpe..kat KL kita bley belajar perkara2 baru..erm..benda2 best pun insya Allah bakal dihadapi..masalah akan cuba kuhadapi dgn tenang..

aku doakan semoga aku xjumpa lg dgn org2 masa aku keje kat KRU dulu...tu la doa aku selama ni...jadi aku mintak sgt...kwn2 aku serta sesapa jua yg baca post aku kali ni agar aku xkan kenal lagi dgn org yg suka maki n kutuk aku...hehhe..

besok aku akan pindah ke rumah baru..aku sewa bilik je...tp bley la dok situ..xpayah pun bayar deposit..hehe..mmg r..dah cousin aku punya rumah..huhu..credit to kak ngah sebab bgtau rumah dia ada bilik kosong utk disewa ms aku tgh cr bilik..

erm..maybe aku akan lama xupdate blog aku ni..so..apa2 pun..aku doakan yg terbaik utk korg semua...insya Allah semua akan berjaya...doakan aku berjaya tau..daa..

ps:// dayah - rumah aku dekat dgn mid valley..aku nak ajak ko tgk fast n furious...nnt kt bincang balik ek..
apis - kt dah ada kat kl...kalo kt ngorat wan daud xpe kan??ko xjeles kan??ahaks..
fiza - aku xmarah ko..jgn riso..aku dok pantai dalam tau..jemput2 le dtg rumah aku..ajak kak sya sekali tau...

Tuesday, March 24, 2009

.: Aku Jadi DJ??:.

4 comments
post kali ni mmg sgt2 mengejutkan..xde r..pagi td aku dpt call dr Melaka...no melaka yg naik..so aku pikir membe2 aku kat melaka yg call..

aku pun angkat le...

aku : Hello..Assalamualaikum..(konon2 baik le..jawab dgn suara yg lembut serta lemak merdu..hehe...):crab1:
RTM : w'salam..(nasib baik org melayu..)Ni cik nur mazni ke?
aku : (aiseh..ni mesti dpt keje lg ni..adoi..)ye saya...sapa ni??
RTM : sy ....(entah r..aku xdgr pun nama minah ni)..cik ada hntr resume kat melaka fm kan??jadi kami nak amik cik bekerja...boleh cik mula minggu depan??
aku : melaka fm??RTM melaka ek??
RTM : aah...
aku : keje sbg apa ek??
RTM : sebagai DJ sambilan...kalo cik setuju..boleh lapor diri isnin minggu depan..
aku : ooo...minta maaf le cik..xdpt rasanya...sy dah dapat keje..kat RTM jgk...
RTM : ye ke??RTM mana??
aku : RTM angkasapuri...
RTM : ooo..kalo begitu tahniah...xpe la..terima kasih ek...
aku : terima kasih ek cik..assalamualaikum...

wahkakaka...aku jd DJ??:crab1:ada ke org nak dgr suara aku??blogger-emoticon.blogspot.comhahaha...dah r suara aku mcm suara org gemuk..(ni adik aku yg ckp..):littlegirl1:tiba2 nak jadi DJ..kalo jd receiptionist tu xpe r...dah biasa ms praktikal dulu...hehehe..aku tolak jd DJ..:littlegirl1:sedangkan sbnrnya aku nak sgt keje kat melaka...serius...nak sgt keje kat melaka...tp nak buat mcm mana...rs segan plak kat Angkasapuri kalo aku tolak tawaran dorg hr tu..dah r xde interview..selamba je nak tolak tawaran dorg...blogger-emoticon.blogspot.com

erm..DJ dgn penerbit rancangan, penerbit rancangan lg ok kan??hahahaha...blogger-emoticon.blogspot.com

konon r jd penerbit rancangan..rancangan apa ntah aku nk terbitkan...rancangan blue bley la kot...dgn bantuan fiza, kak sya n dayah...HAHAHA....:littlegirl1:apa nak jd le dgn aku ni...bila ntah nak tobat...:littlegirl1:

actually, aku xde pun terbitkan apa2...dorg kata suruh keje mcm dlm library jgk...so aku konfius je hr tu...:crab1:bkn pustakawan..hehehe...poyo je nak keje tu...hehe..last2 br dia bgtau aku ni PENERBIT RANCANGAN B29...:littlegirl1:tp just keje uruskan pengambilan dan pemulangan tape2 yg digunakan...blogger-emoticon.blogspot.comdorg suruh cr pengalaman dulu kot...agaknya le...:littlegirl1:

.: Bulat n Puteh :.

7 comments
post kali ni ditujukan khas utk nurunnadiah hasib dan nurul hidayah ibrahim..pergh..bg nama penuh tu..kah kah kah...

dulu masa kat melaka..kak sya selalu panggil nadiah ni si bulat..aku xtau sgt nama dia kena gelar mcm tu..hahaha..rs mcm aku tau sbbnya...tp kalo sapa2 yg detect napa nadiah dipanggil bulat, sila berikan komen anda...hahaha..
actually, aku bkn nak citer sgt pasal si nadiah ni..aku sbnrnya nak citer pasal arnab baru aku yg dipanggil Bulat!!hahaha..comel giler r...dah le bulat..kaler kelabu plak tu...

smlm..ayah aku balik dr keje..mcm biasa le..kalo aku tgk barang mcm penuh kat dlm raga motor tu, aku kuar r tolong angkat...sekali aku angkat beg plastik besar..ada benda gerak2..nasib baik aku xcampak ke bawah..kalo x, dah lama dah si bulat dgn si puteh tu arwah..hahaha..aku bwk kuar..kesian dorg..dok dlm tu lama2..ayah aku kata membe dia bg..disebabkan dorg br je kuar..aku xde r pegang sgt..takut kalo terseliuh plak kaki dorg...aku lepaskan je..mula2 nmpk mcm sakit teruk je 2ekor ni..last2..bila dah elok..dok berlari plak ke sana sini..

hehehe..comel giler...geram sgt...rasa nak picit2 je...hehhe..

td kan aku kata post ni jgk ditujukan utk dayah??hehe...mmg pun utk dayah..sbb dia je yg excited kalo aku ada binatang peliharaan...mcm masa aku dok kl dulu...suka sgt dgn memey aku...tp takut nak pegang...hehe...so..gmbr2 kat bawah ni aku tunjuk je la ek...sbb ko kan takut kat arnab...betol x dayah??hehe...


:: Comel x anak2 angkat baru ayah saya?::
:: Pandai plak dorg ni posing.::
:: Betol x aku ckp??si Bulat ni mmg bulat kan??::
:: Comelnyer Puteh..::
:: Kadang2 aku rs mcm Bulat ni mcm anak tikus je...korg perasan x??::

Sunday, March 22, 2009

.: Merisik :.

23 comments
sepanjang minggu ni ramai giler yg menamatkan zaman bujang masing2..sana sini ada org kawen..kdg2 sampai pening n xtau nak g kenduri yg mana satu..aku..secara rasminya..mmg malas pun nak g kenduri kawen..blogger-emoticon.blogspot.combkn apa..boring nak jawab semua soalan berkenaan jodoh aku...so..baik xpayah pegi..haha..ok ke mcm tu??:littlegirl1:

so..selama ni aku ada terangkan adat2 perkahwinan melayu..hr ni aku nak citer pasal adat yg sepatutnya mula2 dijalankan sblm persandingan..adat tersebut adalah MERISIK...<-- mcm poyo je ayat disebelah..skema giler..blogger-emoticon.blogspot.comhaha..

Sebaik sahaja ibu bapa seseorang lelaki memutuskan bahawa anaknya cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencari-cari pasangan yang sesuai untuk dijadikan isteri anaknya. Tanggungjawab untuk memilih pengantin perempuan jatuh kepada ibu bapa pada keseluruhannya. Bagaimanapun, sebilangan besar orang Melayu kini, khususnya mereka yang berpendidikan barat, membiarkan pilihan isteri hampir pada keseluruhannya kepada anak-anak lelaki mereka. Terdapat juga ibu bapa Melayu yang berihsan yang memilih jalan tengah dan memilih pengantin perempuan dengan persetujuan anak lelaki mereka atau sebaliknya.

Menurut adat resam kahwin Melayu, ibu bapa akan mengendalikan tugas memilih pengantin perempuan untuk anak lelaki mereka dengan teliti. Selepas mereka memilih beberapa orang anak dara yang sesuai, mereka akan memulakan penyiasatan dengan menanya kawan-kawan dan saudara-saudara mereka serta anak-anak dara yang terpilih. Dalam pemilihan mereka, ibu bapa anak lelaki memerlukan bahawa bukan sahaja sifat dan tingkah laku anak dara itu tetapi juga ibu bapanya dapat diterima kerana mereka memegang teguh kepada peribahasa, "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu."

Antara sifat-sifat yang paling dikagumi oleh bakal mertua pada zaman dahulu(dan masih oleh sebilangan orang pada hari ini) ialah kemahiran rumah tangga seperti memasak dan menjahit. Bagaimanapun, pencapaian yang paling disanjung ialah keupayaan anak dara untuk membaca al-Quran (baik memahami apa yang dibacanya mahupun tidak) dengan fasih dan merdu. Tidak terdapat sebarang pencapaian pendidikan ketika itu yang lebih penting, termasuk juga kenal huruf dalam bahasa Melayu.

Selepas membuat keputusan tentang bakal menantu perempuan berdasarkan maklumat-maklumat yang dikumpulkan dan sebelum meminang, ibu bapa anak lelaki akan membuat penyiasatan terakhir dengan menghantar sebilangan kawan atau saudara (biasanya wanita) ke rumah anak dara itu untuk mengenalnya secara peribadi. Biasanya, utusan-utusan itu dihantar ke rumah anak dara tanpa sebarang pengumuman kerana adanya makna khusus untuk kunjungan tanpa persediaan itu. Orang Melayu pada zaman dahulu (serta sebilangan kecil di kawasan luar bandar pada hari ini) mempercayai bahawa pada ketibaan utusan-utusan di rumah anak dara itu, gadis itu sedang mandi atau mencuci, ini merupakan petanda yang bertuah untuk masa hadapan perkahwinan kedua-dua orang muda itu. Sebaliknya, jika gadis itu didapati masak di dapur, ia merupakan petanda yang kurang baik. Orang Melayu pada zaman dahulu juga mempercayai bahawa jika perjalanannya ke rumah anak dara lambat atau dihalang atas sebarang sebab atau kemalangan, ia merupakan petanda bahawa masa depan perkahwinan itu tidak begitu bahagia. Bagaimanapun,[kepercayaan karut] ini tidak lagi diambil berat oleh kebanyakan orang Melayu, termasuk juga mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Pada akhir kajian dan selepas menilai, ibu bapa anak lelaki itu akan mengadakan majlis kecil antara keluarga kedua-dua pihak serta bersama-sama saudara-saudara rapat untuk memutuskan hari yang baik untuk meminang.

di atas adalah perkara2 yg merujuk kepada adat melayu iaitu merisik...jadi skrg ni aku nak citerkan benda yg dah jd kat aku semalam..wahhh...mcm suspen je..hahaha..

smlm..bertarikh 21hb 3 2009...berlakulah pengalaman yg paling berharga pada aku..kiranya sbg sesapa pun yg bergelar perempuan..hehe..

:: Cincin tanda bahawa diriku telah berpunya..hehe..gatalnyer..::

::Penyerahan cincin dr pihak lelaki ke pihak perempuan...pihak aku le tu...kih kih kih..::

:: Tu tgh bincang le tu..aku xdgr apa2 pun..dok belakang tangkap gmbr je..haha..::

:: Antara tetamu2 yang hadir dan memeriahkan majlis..::

:: Org kat depan dok busy citer pasal aku..aku kat belakang dok posing plak..kan betol aku ckp td..haha..::

:: Antara juadah yg dihidangkan...semua tu buat sendiri tau..utk mkn tgh hari xsempat nak amik..hehe..::
::Aksi dapur semasa majlis di depan sibuk dijalankan..::
:: Sesi amik gmbr dan perebutan kek..hehe..kek tu mmg lawa le..syg giler nak mkn..::
:: Muka2 serius ahli majlis perbincangan..apsal nak serius sgt ek??xpaham aku..::
:: Ni la hantaran yg dibawa oleh pihak wan...erm..hantran ke??tp aku xtunang lg..hbs tu, semua ni nk dipanggil apa ek??::
:: Sesi perbincangan lg..::

:: Semua sibuk nak tolong aku potong kek..yg si kecik ni pun nak join skali..hehe..::

:: Aksi perasan ayu setelah disarungkan cincin dijari..::

:: Lawa siot kek tu...seyes..wan pandai giler design kek tu..eh..bkn wan..kakak dia...hehe..::

:: Sapa nak kek angkat tgn...hehe..::

:: Pergh..bakal kakak ipar aku tu...hehe...::

Semua janji2 wan dah ditunaikan..janji dia dgn mak aku la..dia penah ckp kat mak aku..kalo dia dpt keje, 3bln lepas tu dia akan sarung cincin tanda...Alhamdulillah...syukur...janji telah ditunaikan...kononnya..aku diikat selama 2tahun...lps 2tahun br tunang..erm..ktorg terpaksa buat mcm ni sbb wan nak kena kumpul duit dulu n kalo bley, dia nak cr keje lain yg dekat sket dgn aku...insya Allah..bila semuanya dah sedia...ada le kad aku smpi ke tgn korg...huhu...

tp..aku agak sedih jgk r...sepatutnya..majlis ni 14hb 3..minggu lepas..wan nak buat time anniversary ktorg..tp..aku mintak tempoh sket..nak tunggu adik aku si Asyraf tu balik cuti..tp yg sedey tu..asyraf terpaksa balik hr majlis tu jgk...xsempat dia nak tgk aku..sbb tiket bus ke kuantan dah hbs..so..dia kena balik pukul 10pagi tu jgk..sedey beb..ingt bley le ada semua keluarga aku..tp tiba2 dah xbley...mcm tu la takdir..buat mcm mana sekali pun..kalo dah xde rezeki tu..xdpt jgk...

pastu..kak long aku n israk pun xde...dorg kena g melaka...alahai...time2 ni jgk le adik si israk tu nak kawen..eee...geram betol la..kalo ada kak long...gempak r sket..haha...

abg ngah pun xde...sedey...kalo ada dia..bley r dia dok kenakan aku je..buat lawak bg ktorg gelak xhbs2...hr tu jgk le pejabat dia nak konvoi...adoi..sabar je la..huhu..lain kali kalo apa2 hal..aku nak bgtau awal2 le..hehe...

:: Sapa lg bulat??Kak Ziela kan??hahaha..::


:: Aku, cousin aku n my future adik ipar...adik ipar dlm bahasa inggeris apa ek??aku lupa le..huhu..::

:: With my future adik ipar jgk ni..::

gambar2 ni aku amik ms kat jeti..pada hr yg sama jgk...dorg xterus balik kl..dorg sewa homestay kat teluk intan ni..so, petang2 tu...aku bwk r dorg pusing2 skjp..hehehe..for u all punya information..mula2 aku berat jgk nak g jeti ni...sbb kat sini la tempat aku dating dgn Asril dulu..takut teringat2 balik..tp nak buat mcm mana..dah kak ziela nak tgk jgk..aku ikut je la..xkan la aku nak bgtau dorg kat situ aku penah dating dulu...hehehe..

ps:// to hafiz n hidayah...aku dah update blog aku...sory ek sbb lmbt sket..hehehe...

Friday, March 20, 2009

.: ...Masalah... :.

3 comments
...adoi...
...bsk suppose to be the best thing that could happen in my life this year..blogger-emoticon.blogspot.com
...tp mcm2 r masalah hr ni...
...pening kepala aku nak pikir semua ni..:littlegirl1:
...mcm2 aku kena pikir..
...tension tau x...
blogger-emoticon.blogspot.com...dgn keje aku xconfirm lg nak mula bila..
...dgn nak msk utk bsk lg...blogger-emoticon.blogspot.com
...pastu tiba2 membe aku plak xjd nak dok satu rumah dgn aku...
...adoi..
...mana aku nak cr rm800 utk byr deposit sewa rumah??
...pastu sebulan aku kena byr rm250 plak...:littlegirl1:
...mana aku nak cekau duit byk tu??
...kalo bgtau awal2 xnak dok dgn aku..blogger-emoticon.blogspot.com
...bley jgk aku cr rumah lain yg agak murah...
...sje je nak bg kepala aku pening hr ni...:littlegirl1:
...eeeee...
...sedih+geram+pening..:littlegirl1:
...aku xsuka betol nak pikir semua ni...
...mcm mana bsk ni??
...aku kena pura2 senyum ke??
...nak senyum kambing ke senyum lembu ni??
...hr ni pun aku kurang ckp...blogger-emoticon.blogspot.com
...malas nak ckp lebih2 lg..
...nnt kalo ada apa2 yg aku tersilap ckp...
...aku jgk yg kena marah...
...nnt aku jgk yg sedey n nangis..:littlegirl1:
...huhu...
...xtau r mcm mana bsk...
...kalo ok tu...
...bgs la..
...tp kalo entah apa2 tu...
...erm...susah nak ckp...
...tp mak aku dah prepare kek utk bsk...blogger-emoticon.blogspot.com
...apa2 pun...majlis bsk mesti r diteruskan..
:littlegirl1:...xkan pasal masalah aku yg serba kecik ni nak batalkan majlis kot...blogger-emoticon.blogspot.com
...huhuhu...
...waaaaaa....
...susahnya kehidupan ni...:littlegirl1:
:littlegirl1:...napa x hidup ni senang n x memeningkan kepala??...blogger-emoticon.blogspot.com