Sunday, March 22, 2009

.: Merisik :.

sepanjang minggu ni ramai giler yg menamatkan zaman bujang masing2..sana sini ada org kawen..kdg2 sampai pening n xtau nak g kenduri yg mana satu..aku..secara rasminya..mmg malas pun nak g kenduri kawen..blogger-emoticon.blogspot.combkn apa..boring nak jawab semua soalan berkenaan jodoh aku...so..baik xpayah pegi..haha..ok ke mcm tu??:littlegirl1:

so..selama ni aku ada terangkan adat2 perkahwinan melayu..hr ni aku nak citer pasal adat yg sepatutnya mula2 dijalankan sblm persandingan..adat tersebut adalah MERISIK...<-- mcm poyo je ayat disebelah..skema giler..blogger-emoticon.blogspot.comhaha..

Sebaik sahaja ibu bapa seseorang lelaki memutuskan bahawa anaknya cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencari-cari pasangan yang sesuai untuk dijadikan isteri anaknya. Tanggungjawab untuk memilih pengantin perempuan jatuh kepada ibu bapa pada keseluruhannya. Bagaimanapun, sebilangan besar orang Melayu kini, khususnya mereka yang berpendidikan barat, membiarkan pilihan isteri hampir pada keseluruhannya kepada anak-anak lelaki mereka. Terdapat juga ibu bapa Melayu yang berihsan yang memilih jalan tengah dan memilih pengantin perempuan dengan persetujuan anak lelaki mereka atau sebaliknya.

Menurut adat resam kahwin Melayu, ibu bapa akan mengendalikan tugas memilih pengantin perempuan untuk anak lelaki mereka dengan teliti. Selepas mereka memilih beberapa orang anak dara yang sesuai, mereka akan memulakan penyiasatan dengan menanya kawan-kawan dan saudara-saudara mereka serta anak-anak dara yang terpilih. Dalam pemilihan mereka, ibu bapa anak lelaki memerlukan bahawa bukan sahaja sifat dan tingkah laku anak dara itu tetapi juga ibu bapanya dapat diterima kerana mereka memegang teguh kepada peribahasa, "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu."

Antara sifat-sifat yang paling dikagumi oleh bakal mertua pada zaman dahulu(dan masih oleh sebilangan orang pada hari ini) ialah kemahiran rumah tangga seperti memasak dan menjahit. Bagaimanapun, pencapaian yang paling disanjung ialah keupayaan anak dara untuk membaca al-Quran (baik memahami apa yang dibacanya mahupun tidak) dengan fasih dan merdu. Tidak terdapat sebarang pencapaian pendidikan ketika itu yang lebih penting, termasuk juga kenal huruf dalam bahasa Melayu.

Selepas membuat keputusan tentang bakal menantu perempuan berdasarkan maklumat-maklumat yang dikumpulkan dan sebelum meminang, ibu bapa anak lelaki akan membuat penyiasatan terakhir dengan menghantar sebilangan kawan atau saudara (biasanya wanita) ke rumah anak dara itu untuk mengenalnya secara peribadi. Biasanya, utusan-utusan itu dihantar ke rumah anak dara tanpa sebarang pengumuman kerana adanya makna khusus untuk kunjungan tanpa persediaan itu. Orang Melayu pada zaman dahulu (serta sebilangan kecil di kawasan luar bandar pada hari ini) mempercayai bahawa pada ketibaan utusan-utusan di rumah anak dara itu, gadis itu sedang mandi atau mencuci, ini merupakan petanda yang bertuah untuk masa hadapan perkahwinan kedua-dua orang muda itu. Sebaliknya, jika gadis itu didapati masak di dapur, ia merupakan petanda yang kurang baik. Orang Melayu pada zaman dahulu juga mempercayai bahawa jika perjalanannya ke rumah anak dara lambat atau dihalang atas sebarang sebab atau kemalangan, ia merupakan petanda bahawa masa depan perkahwinan itu tidak begitu bahagia. Bagaimanapun,[kepercayaan karut] ini tidak lagi diambil berat oleh kebanyakan orang Melayu, termasuk juga mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Pada akhir kajian dan selepas menilai, ibu bapa anak lelaki itu akan mengadakan majlis kecil antara keluarga kedua-dua pihak serta bersama-sama saudara-saudara rapat untuk memutuskan hari yang baik untuk meminang.

di atas adalah perkara2 yg merujuk kepada adat melayu iaitu merisik...jadi skrg ni aku nak citerkan benda yg dah jd kat aku semalam..wahhh...mcm suspen je..hahaha..

smlm..bertarikh 21hb 3 2009...berlakulah pengalaman yg paling berharga pada aku..kiranya sbg sesapa pun yg bergelar perempuan..hehe..

:: Cincin tanda bahawa diriku telah berpunya..hehe..gatalnyer..::

::Penyerahan cincin dr pihak lelaki ke pihak perempuan...pihak aku le tu...kih kih kih..::

:: Tu tgh bincang le tu..aku xdgr apa2 pun..dok belakang tangkap gmbr je..haha..::

:: Antara tetamu2 yang hadir dan memeriahkan majlis..::

:: Org kat depan dok busy citer pasal aku..aku kat belakang dok posing plak..kan betol aku ckp td..haha..::

:: Antara juadah yg dihidangkan...semua tu buat sendiri tau..utk mkn tgh hari xsempat nak amik..hehe..::
::Aksi dapur semasa majlis di depan sibuk dijalankan..::
:: Sesi amik gmbr dan perebutan kek..hehe..kek tu mmg lawa le..syg giler nak mkn..::
:: Muka2 serius ahli majlis perbincangan..apsal nak serius sgt ek??xpaham aku..::
:: Ni la hantaran yg dibawa oleh pihak wan...erm..hantran ke??tp aku xtunang lg..hbs tu, semua ni nk dipanggil apa ek??::
:: Sesi perbincangan lg..::

:: Semua sibuk nak tolong aku potong kek..yg si kecik ni pun nak join skali..hehe..::

:: Aksi perasan ayu setelah disarungkan cincin dijari..::

:: Lawa siot kek tu...seyes..wan pandai giler design kek tu..eh..bkn wan..kakak dia...hehe..::

:: Sapa nak kek angkat tgn...hehe..::

:: Pergh..bakal kakak ipar aku tu...hehe...::

Semua janji2 wan dah ditunaikan..janji dia dgn mak aku la..dia penah ckp kat mak aku..kalo dia dpt keje, 3bln lepas tu dia akan sarung cincin tanda...Alhamdulillah...syukur...janji telah ditunaikan...kononnya..aku diikat selama 2tahun...lps 2tahun br tunang..erm..ktorg terpaksa buat mcm ni sbb wan nak kena kumpul duit dulu n kalo bley, dia nak cr keje lain yg dekat sket dgn aku...insya Allah..bila semuanya dah sedia...ada le kad aku smpi ke tgn korg...huhu...

tp..aku agak sedih jgk r...sepatutnya..majlis ni 14hb 3..minggu lepas..wan nak buat time anniversary ktorg..tp..aku mintak tempoh sket..nak tunggu adik aku si Asyraf tu balik cuti..tp yg sedey tu..asyraf terpaksa balik hr majlis tu jgk...xsempat dia nak tgk aku..sbb tiket bus ke kuantan dah hbs..so..dia kena balik pukul 10pagi tu jgk..sedey beb..ingt bley le ada semua keluarga aku..tp tiba2 dah xbley...mcm tu la takdir..buat mcm mana sekali pun..kalo dah xde rezeki tu..xdpt jgk...

pastu..kak long aku n israk pun xde...dorg kena g melaka...alahai...time2 ni jgk le adik si israk tu nak kawen..eee...geram betol la..kalo ada kak long...gempak r sket..haha...

abg ngah pun xde...sedey...kalo ada dia..bley r dia dok kenakan aku je..buat lawak bg ktorg gelak xhbs2...hr tu jgk le pejabat dia nak konvoi...adoi..sabar je la..huhu..lain kali kalo apa2 hal..aku nak bgtau awal2 le..hehe...

:: Sapa lg bulat??Kak Ziela kan??hahaha..::


:: Aku, cousin aku n my future adik ipar...adik ipar dlm bahasa inggeris apa ek??aku lupa le..huhu..::

:: With my future adik ipar jgk ni..::

gambar2 ni aku amik ms kat jeti..pada hr yg sama jgk...dorg xterus balik kl..dorg sewa homestay kat teluk intan ni..so, petang2 tu...aku bwk r dorg pusing2 skjp..hehehe..for u all punya information..mula2 aku berat jgk nak g jeti ni...sbb kat sini la tempat aku dating dgn Asril dulu..takut teringat2 balik..tp nak buat mcm mana..dah kak ziela nak tgk jgk..aku ikut je la..xkan la aku nak bgtau dorg kat situ aku penah dating dulu...hehehe..

ps:// to hafiz n hidayah...aku dah update blog aku...sory ek sbb lmbt sket..hehehe...

23 comments:

Anonymous said...

CONGRATULATIONS!!! chantek ah cincin ko tu.. hehe
happy for u! aku tunggu kad ko :D

Nadiela said...

congrats!! slh fhm lak ari tu. ingtkn tunang. ehehe dah setel 1 prgkt tok jadik wife org.. yeayy!!!

tunggu kad ko jgk . :P

aPiz said...

tahniah!
nak anak bape nnti??
alamak!terlebey sudey..hehe

Nur Mazni said...

emmy->thanks emmy..chantek ek..huhu..tunggu r kad tu...lama lg kot..hehe..

nadiela->xpe2..harap post kali ni dpt menerangkan segalanya..hehe..rajin ko usha blog kt ek..huhu..

apiz->anak??kurang 4 sudah..kalo dpt sepasang lelaki n perempuan pun ok jgk..maintanance anak skrg ni tinggi r..huhu..

Lang Legar said...

aku nak kad..
aku x kira, aku nak jugak..

Unknown said...

tahniah!!cm org lain...aku tggu kad ko gak...

Dilla Abu Bakar said...

congratulationssssssss!!! wp ko lmbat gitauu tp ak tumpanng kegembiraan ko.. ahahahhaha... dh ada perkembangan kawan2 aku ni.. hihihi.. bile laa time ak lak.. hihi.. tunggguuuuuuuuuuu~~~~

Nur Mazni said...

zaren-> ye la2...nnt kt bg kad kat ko ek...tp ko kena r bg KFC..dah setahun tunggu ko belanja KFC ni..huhu..

syu->thanks..hehe..nnt kt bg ek...lmbt lg r..huhu...

burn->xpe burn...ms ko akan tiba juga..tunggu tau..

Nadia Nazifah said...

wahh tahniah mazni! semoga cepat2 kawen dan bertunang pulak. amin.

ps: aku nampak ada kuih kegemran aku masa majlis merisik kau tu. sedapnye. dah la pose arini. *sigh*

Iylia said...

mazni, congrats!!!
hope cpt2 bertunang n kawen.
nnt anta kad kt rmh aku

Ichi said...

congrate mazni...
-tumpang happy gak..
-harap2 cepatlah 2 tahun tu berlalu..hehe

Nur Mazni said...

nodie->terima kasih..hehe..kuih apa yg ko suka tu??hehe..

illya->thanks...Insya Allah..nnt kt hntr...tp lmbt lg le...huhu..

linda->thanks linda..kt xharap 2tahun tu cpt berlalu...takut weh...haha..

Anonymous said...

congrates!!!! wah mazni..best gile aku baca blog mu..ada intro, content, n penutup siap tu..hehe..
aku igt, dlm 2 3 bulan ni korang jadi khwin..skali, 2tahun..adush3..xsabar nak makan nasik minyak nih..:)

Nur Mazni said...

zira->haha..2 3 bulan??xde maknanya..keje pun x lg dah gatal nak kawen..haha..time kasih2..kt mmg suka buat karangan pun...sbb tu cukup segalanya...hehe...

Lang Legar said...

aku dah agak, musti nak KFC gak..
manede aku janji nak banje nie..
adeke patut nak bg kad kawen kena mintak pengeras..

patut x tukang komen yang lain?

Nur Mazni said...

ewah2..ko xingt ke masa kt kat melaka dulu??bkn main sonok nak belanja kt..nyampah tgk ko zaren..xkan kt nak tunggu smpi tua...
kpd pengkomen yg lain..patut x janji ditunaikan??hehe...

N.Hidayah Ibrahim said...

x abes2 hal kfc...

aku jd org last plak komen entry nie...
tape2, aku org 1st dan terakhir kan yg call aritu...
hahaha... tahniah la yea...
aku syg wan....
syg ko jgk...hehehehe...
tp syg wan lebey skit...

Nur Mazni said...

aku xkira..aku bkn apa dayah..zaren dah kata nak belanja KFC..(zaren ke aku yg kata ek..aku pun dah lupa..)

thanks dayah..aku xsangka ko nak call aku hr tu..aku dah bgtau wan..aku berserah pd takdir..sama ada aku atau ko yg wan pilih..

(kalo wan pilih ko,tau r dia..aku bom wangsa maju!!HAHA<-gelak jahat)

Lang Legar said...

ko yang pandai2 cakap..
aku x cakap pape pun..
apatah lagi berjanji nie..

so,tiada KFC untuk kamu..
suh la wan banje..
ade lak pow aku nie..

Nur Mazni said...

xde..xkira..nak ko belanja KFC jgk..bkn ke ko dah setuju hr tu??
amboi..nak lepas tgn plak..

napa plak wan yg kena belanja kt??wan xbley belanja KFC..sbb dia kena belanja benda lain..hahha..

NAK ZAREN BELANJA JGK!!

N.Hidayah Ibrahim said...

mesti la wan pilih ucuk dia..
pe la ko nie...
hahha...

klau dpt kfc dr zaren, jgn lupakan aku...hehehe...

Nur Mazni said...

bkn ucuk la..acuk la..apa le ko ni...haha..weh..mention plak..malu le aku mcm ni..dah le panggilan xsenonoh...haha..

ok dayah..aku xkan lupakan ko...en zaren...sila belanja kami secepat yg mungkin..belanja tgk fast n furious 4 pun jadi r...gersang beb nak tgk citer tu..haha..

Lang Legar said...

ko mintak kat orang len la..
kaunter redeem aku dah tutup lame dah pun..