Wednesday, June 29, 2011

Buah Zuriat? Buah Rezeki? Buah Hawa? Buah Koka?

Buah Zuriat? Buah Rezeki? Buah Hawa? Buah Koka?

Bismillahirrahmanirrahim.. Hari ni rasa bersemangat nak cerita pasal tajuk kat atas tu, walaupun sudah 2,3 hari ni badan aku rasa tak berapa sedap nak berjaga or bekerja. Asyik demam je and migrain. Badan and kepala rasa sangat panas. So, aku kerapkan mandi. Bila mandi plak, terketar-ketar jadinya. Tapi, panas badan and kepala belum mau slow. Hubbyku kata maybe aku tengah subur. Katanye, setiap bulan time suburku, mesti jadi gini. Yup. Aku pun perasan gini la aku setiap bulan. Dugaan? Yes and memang coz dlu kalau aku migrain and demam gini, painkiller je la jadi ubatnya, tapi disebabkan hubbyku dah LARANG aku dari makan sebarang ubat doc coz dalam usaha untuk mengandung bulan ni, so aku tabahkan jua. Sabar je la..

Nak dijadikan cerita yang berkaitan dengan tajuk entryku kali ini, anak sulung tuan rumah sewaku, Pakcik Alias baru je bersalin dua minggu lepas. So, aku yang memang suka and gilakan baby kecik ni pun pegi la rumah dia (kat depan rumah sewa aku je) nak menziarah dan kata orang, amik berkat dari ibu baru bersalin. Mana tau lekat kat aku plak. Heh. Babynye baby boy, baru je berusia dua minggu. Tersangat la comel and tak puas aku tengok. Rasa macam nak cium je, tapi segan la plak takut baby tu nangis. So, aku biarkan je baby tu genggam jari aku yang montel ni. Heh. Terasa macam anak sendiri je yang tengah pegang jari aku tu (ini la yang dikatakan kemaruk nak beranak ye kawan-kawan =P).

Tengah dok borak-borak and bercerita itu ini, tetiba isteri Pakcik Alias bertanya pada aku," Ramlah bila lagi?". Aku ni pun dengan semangatnya menjawab, "Tak tau la Makcik.. Dah setahun, blum ada rezeki lagi. Makcik doa-doakan la kami ni semoga cepat dapat zuriat sendiri". Huk2. Rasa sayu je. Tuhan je tau betapa aku dan suami menginginkan zuriat sendiri. Okay, enough with the emotions. Hehe. Then, tetiba je Pakcik Alias bangun and masuk ke bilik dia. Bila dia keluar, dia hulurkan sesuatu kepada hubbyku. "Nah, hang try munim air buah ni". Ouh... Buah apekah itu? "Dlu anak pakcik ni pun payah lekat. Lepas try buah ni, baru lekat. Ini la buah zuriat". Huhu. Thank you pakcik. Pakcik Alias bagi dua bijik buah tersebut. Katanye, buah ni anak dia punya yang lebih-lebih. Dia suh kitorang try plak. InsyaAllah pakcik. Dan terima kasih sangat-sangat. Buah ni susah nak cari. Kat Malaysia mana ada. Hanya ada kat Mekah dan Madinah je. Ini la yang dikatakan rezeki dari Allah taala. Tengah dok berusaha untuk mengandung, datang bantuan yang tidak disangka-sangka. Syukur. Akan kucuba cara ini. Mana tau mujarab bagi diriku. Jom tengok rupa buah zuriat ni.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPg9NX8gbvVHLcK5JgOh7uClpDhGFqXQIH3wssjgIwEVhVLLl6-UrJrVa_jTcLc0tEvp1ooRNrZ0nHuCIftN5unHb66osihAgO0U7JOzU0Drqqc1VLhM1bn6ByNP9hLolcB4mbDaVIu_s/s1600/1.jpg

Rupa buah zuriat sebelum diproses. Kulitnya keras yang amat. Nak buang kulitnye kena pakai gergaji or parang tajam.

Dah dapat buah ni, bersemangat la aku and hubby wat research kat internet coz pakcik tu pun tak sure camne nak guna buah ni. So, godak punye godak internet, dapat la info-info ni. Buah ni juga dipanggil buah rezeki or buah hawa or buah adam or buah koka. Kulitnya berwarna coklat tua dan licin je. Saiznye lebih kurang besar buah salak. Apabila aku mention yang buah ni berasal dari pokok koka (iaitu pokok yang kayunya digunakan untuk membina bahtera Nabi Nuh), taulah korang yang kerja untuk membuka kulitnya bagi mendapatkan isi di dalamnye teramatlah menyeksakan (er.. dengar macam teruk kan? in simple word- SUKAR). Sampaikan kami baca ada yang buka pakai gergaji, kapak dan parang. So, bayangkanlah betapa kerasnya buah zuriat ni.

Mula-mulanya, tergelak aku and hubby bila baca ada yang pakai hardmetal nak bukak buah ni. Then, bila kami sendiri yang mencuba membukanye pakai pisau potong daging? Hahaha. Lagi la tergelak. Pecah peluh kami nak kopak kulitnye. Maka, aku pun decide nak ketuk kulitnye pakai lesung batu terdahulu. Bergegar juga la dapur rumah kami semalam. Bila kulitnya dah pecah, ingatkan terus boleh dapat isi di dalamnye. Rupa-rupanye, ketukan itu cuma memecahkan kulit licin di luarnye. Kopak punya kopak, baru sampai lapisan pertama iaitu sabutnye. Then kami sambung godak pakai pisau potong daging tadi blik. Setelah dihayun tinggi pisaunye, baru la nampak macam lapisan tempurung buah tu terbuka sedikit. Eh! Takde isi putih macam dalam gambar pun!? Rupa-rupanya, isi putih seakan isi buah kelapa tu diselaputi pula oleh lapisan tempurung dan sabut nipis yang kedua. Mak aih, dasatnye kejadian buah ni. Memang special dan unik. Lepas hubby aku gunting dan kopak habis tempurung pertama, baru la aku dapat kikis sikit demi sikit lapisan tempurung dan sabut kedua tu. Itu pun, tetap tak dapat isi putihnye. So kami decide untuk rebus je gitu seadanye.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjl5HwLB68lBwvK6EA-6mAMgrx3Vas0r8x339vQ6MjSXprLIaN5HCgJK9l-YpKflsrobju79S3K-U1_2vOn8Bsm5n4_DRNmcZfVcPfRIVlyxHqEfnGZyChKf8ZPIVCRypujjs7WddUwQyE/s1600/2.jpg

Sabut buah zuriat selepas kulit luarnye dibuang

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgXTILClVeuC8lzmT-C-83pbx93s2o8PgR52RRsYb1hBqhVdAVA5GlWobVyfY49NOroMMQHk2wQAFqRS_P_rG_2kUIj5wqSL5D67lwdw7RJmjki0dmLQ5s4j3CUm2Z3XT_QTlIJTO98mY/s320/4.jpg

Rupa buah zuriat apabila dibelah. Nampak tak lapisan sabut pertama tadi? And yang bulat tu adalah buah di dalamnye pula yang perlu dibuang sabut nipis dan lapisan tempurung kedua. Baru dapat isi putih macam gambar kat bawah ni.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNwtJqKlaxGuaxa8_dnGchXtN3bYzBt_P4Cmrhq0Rj7l8ZSFKaK9zOhzIuf6R-qVb-ea6YujCilzvre5OFVxKkpnf8m6zoPxyQJR7DFJusHLEW5sXgjBA-sOwJPBxKUK4Q0BMsfwiLWy4/s320/3.jpg

Ini la rupenye isi buah zuriat. Isi ini la yang selalunya dimakan atau direbus untuk diminum. Macam isi buah kelapa kan?

Tadi tu cuma introduction je camne rupa buah zuriat and camne nak buka buahnye. Hihi. Hasil pencarian kami di internet lagi, gini la pulak cara nak guna buah ni. Sebenarnye, ada seribu satu kaedah yang orang gunakan. Ada yang makan dan ada yang minum air buah ni. Kalau yang makan, diorang akan potong halus or tumbuk isi putih buah ni (goodluck menghiris or menumbuk isi buah yang keras ni hihi) then mamah begitu je. Amaran ye. Jangan guna blender untuk menghancurkan isi buah ni kerana dikhuatiri blender anda akan rosak. Ini bukan gurauan. Dah ada blender orang yang rosak dek kerana buah ni. Hehe.

Ada juga yang minum air rebusan buah ni. Camne nak rebusnye? Ha.. korang boleh rebus KESELURUHAN buah zuriat tersebut (sekali dengan sabut dan kulitnye ye. Ini bagi kes yang malas or tak berjaya dapatkan isi putihnye) ATAU rebus isi buah zuriat tersebut bersama dua gelas air selama lebih kurang setengah jam. Then hasilnye korang akan dapat segelas air berwarna coklat-coklat kemerahan gitu. Biarkan sejuk sedikit, barulah diminum. Rasanye kelat-kelat and sedikit pedas. So, ada yang bagi pendapat suh campurkan air rebusan buah tadi dengan susu (bukan susu pekat manis ye) ATAU boleh juga tambahkan sesudu besar madu atau gula ke dalam air rebusan tadi. Seriously, sehingga kini, tekak aku masih boleh rasa kepedasan air rebusan buah tersebut. Kenapaaku minum air tu tanpa campur susu, madu or gula? Coz bagi aku, baiklah diminum air rebusan tersebut tanpa menambah apa-apa perasa lain kerana takut kang kurang zat dan khasiat buah tersebut. We will never know coz belum ada pakar yang buat kajian saintifik lagi ye.

Akhir sekali, part paling penting sebelum minum air ni-WAKTU MINUM dan BACAAN DOA iringan. Ada yang kata sebaik-baiknya diminum setiap pagi selepas Subuh. Ada juga yang suh minum selepas Maghrib. Tapi bagi aku, yang paling penting, minumlah pada waktu yang korang lapang dan sempat sediakan minuman ini. Hahah. Bukan apa. Susah tu nak kena kupas buah ni lagi, then nak kena rebus lagi setengah jam. Macam aku, dapat je buah ni, terus aku proses je. Ada juga yang tekankan suh minum semasa waktu subur. Tak kurang juga yang suh amalkan minum setiap hari sehingga la nampak hasilnya. One more thing, buah ni boleh direbus dan diminum sehingga la habis zatnye, yakni hilang warna coklat merahnya apabila direbus. Tentang bacaan doanya pula, sebelum minum silalah baca bismillah, kemudian selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. tiga kali, then baca ayat 38 surah Al-Imran dan ayat 89 surah Al-Anbiya'.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiriYpgJUMXgFdPAkEOd8YoaQwJ3Pu9ohdU5lRL0gMjvTuuIA6LA9R5uNBpk3B7su-GyVEjUzj1_fPQZ6rtcADE_yakO1akBoaIVKjWh6JOPgEyzH_zel6jdRtLhSr73zdWXGthusPSlBk/s400/5.jpg


InsyaAllah, jika kita telah berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakal, Allah s.w.t akan berikan juga zuriat yang kita inginkan tersebut apabila tiba masanya dan rezeki ke arah itu. Apa-apa pun hasil daripada usaha kita itu, sekiranya tidak beroleh zuriat juga, janganlah hampa dan bersedih. Allah s.w.t. itu Maha Adil dan telah pun mengatur perjalanan hidup kita di Loh Mahfuz sana. Yang penting, kita dah berusaha. Kalau la tak dapat juga zuriat sendiri, banyak lagi anak-anak yatim yang tidak beribu bapa di luar sana yang memerlukan simpati dan kasih sayang. Biarpun bukan darah daging sendiri, tapi kalau dah tertulis kita ni tak boleh beranak (maupun dah buat in vitro ke hape ke), itu je la caranya untuk BERanak. Papepun, selagi nyawa dikandung badan dan selagi badan terdaya, aku takkan berputus harap.

Mawar Merah

ni diambil dr blog org..hmm..dah mintak org belikan utk aku..buah ni plak ada dijual kat 3tmpat je..jabal Uhud, Jabal Rahmah n Gua Hirak..actually ada je dijual kat kl tp kalo dpt beli dr sana maybe lg best..hehehe..setahun tunggu tp xdpt jgk...mungkin belom rezeki aku..mungkin kak sha ckp betol..anak aku nnt akan sebaya dgn anak dia..sgt harapkan perkara tersebut sebenarnya..tp buat kata mak aku,kalo rezeki tu,bkn kt yg bley tentukan..huhuhu..aku mintak org ni belikan sekilo..bengong kan..haha..sebenarnya aku nak bg gak kat kawan2 aku yg susah nak dpt baby ni..semoga semua akan dapat apa yg dah lama diharapkan..nnt kalo aku dah dpt buah tu,aku akan agih2kan pada kawan2 aku yg susah nak lekat..mana tau sama2 dpt rezeki yg sgt2 diidamkan tu...insya Allah...

0 comments: