Thursday, April 29, 2010

..Kawan...



Semua orang ada kawan...aku pun ada kawan. Ada kawan yang boleh dipanggil sahabat,ada kawan time senang saja, kawan time susah, ada kawan yang semata² untuk meramaikan kawan, ada kawan makan kawan, ada kawan yang nak mengambil kesempatan, kawan yang "busuk hati", ada kawan yang dulunya rasa die tak baik tapi bila dah kenal rupanya die baik, ada kawan yang "mulut longkang", ada kawan yang tikam belakang dan macam² lagi la spesis kawan ni. Kalau nak senaraikan, sampai sudah pun tak habis. Yelaa..manusia nokkk, bermacam² ragam.




Ada kawan yang tak senang melihat kita hepi. Yee..memang ade!! Aku rasa korang mesti pernah berhadapan dengan spesis kawan yang macam ni. Kalau tumpang hepi takpe la jugak, ini tak..kau sebok mengata itu dan ini. Normal la kan..mulut tempayan boleh la nak ditutup. Ini kan mulut manusia..pun boleh ditutup. Ambik je gam cap gajah dan lekat je kat mulut beliau itu Tak pun, pergi je kedai runcit beli jarum sebatang dan benang seketul, pergi jahat mulut yang celupar itu..abes cite.


Jika hari ini aku berlari,
Ingatkan aku tentang adanya duri,
Jika satu hari aku disakiti
Dapatlah ku sedari, kesakitan itu bukanlah hakiki.


Kalau dah namanya busuk hati tetaplah busuk hati jugak. Tak hari ini, esok lusa pasti si kawan tu duk mengata. Yela..dah jadi hobi kot. Kalau hati yang busuk tu boleh dicuci pakai sabun daia ke, softlan ke...dah lama dah kita semua buat camtu kan? Jadi..mungkin takkan ada lagi manusia yang busuk hati atau sewaktu dengannya. Dan kalau lah dengan perkataan maaf itu boleh menghidupkan yang mati, boleh mengembalikan apa yang telah tiada, rasanya tak perlu la kot adanya polis, mahkamah, penjara dan segala. Apa kata kita maafkan semua kesalahan penjahat² tu buat. Dan hanya perlu berkata "biasalah..manusia kan mana ada yang sempurna. Kita maafkan saja mereka".

Ye betul..pengajaran itu penting, tapi yakinkah kita bahawasanya manusia itu belajar dari kesilapan yang pernah dilakukan? Jawapannya TAK semua. Kalau ada pun 10% je kot. Jadi..belajarlah jadi manusia dan kawan yang baik walaupun tidak sempurna. Dan jangan kerana mulut yang longkang..badan yang jadi binasa. Sekian. =)

0 comments: