1. Kena tipu
Bukan saja lelaki, perempuan pun menyampah dengan si kaki penipu. Menipu tak semestinya berkaitan hal yang besar² je, perkaca kecik pun orang boleh tipu. Itu memang betol buat kita rasa menyampah. Apa salahnya jika bersikap jujur..tak rugi pun kan. Malah orang lagi suka ade la. Kadang², ada sesetengah orang ni..sudah menjadi hobi untuk menipu sana menipu sini. Kalau tak menipu, rasa hidup tak sempurna. Tapi menipu untuk kebaikan rasanya "boleh" kot. Yela..kalau tak tipu, nanti gaduh besar la, ape la..jadi tipu la sikit².hehehee *jangan amalkan
2. Membebel
Wanita memang sinonim dengan sikap suka membebel. Tak suka itu membebel, tak suka ini pun membebel. Kadang2 sikap suke membebel ini juga membuatkan lelaki rasa menyampah. Nak membebel boleh, tapi biarlah kena pada masanya. Bukan 24/7 kejenya asek membebel je..naik rimas jugak la kan telinga yang mendengar. Kalau benda kecik tu, lebih elok jika diselesaikan dengan cara aman damai tanpa sebarang gangguan bunyi. Tapi biasanya perempuan membebel kerana kebaikan jugak, kami tak membebel saje² yea.
3. Ganggu waktu tidur
Ada sesetengah lelaki memang pantang waktu tidur mereka diganggu. Yup memang betol, waktu tidur tu la masa kita untuk merehatkan badan dan kalau boleh waktu tidur tu harus dinikmati dengan sepenuhnya.Kalau setakat nak kol sebab nak bagitau miss u, love u tu..tak payah la kot..hehe. Tapi, kalau dah tidurnya lebih dari 12 jam tu..elok la kejut cepat², mana la tau kot² jadi apa² ke kan. Yela..mana kita tau. Konon tak nak ganggu waktu tidur beliau, jadi biarkan je la kalau nak tido sampai sehari suntuk pun. Itu tak elok ye. Sila kejutkan cepat².. =P
4. Hobi di kritik
Hahaa..tang ni aku pun suke mengkritik jugak kadang². Tapi ketahuilah, walau seteruk mana pun kritikan anda tu..kalau mereka nak buat, tetap mereka buat jugak, dah hobi. Kalau suke memasak, kritik la cemana pun..takde nyer beliau nak dengar. Jadi..sebagai cara penyelesaianya, terima je la. Walaupun dalam hati.."tak best pun die masak, mesti mamat ni jadi lembut pasni..huh". Kritik bukan sebab kita tak suka, cuma kadang² mereka tak pandai menguruskan masa untuk hobi dan perkara² penting yang lain. Itu yang kita mengkritik..tapi sebenarnya kita nak menegur..betul tak akak² cantik?
5. Mendesak
Mendesak tu takde la desak sangat kan..cuma perempuan ni tak suka dengan lelaki yang suka melengahkan sesuatu kerja. Sebab berdasarkan pengakuan abang² macho, merangkap kawan², abang², pakcik²..mereka semua mengakui bahawasanya mereka memang suka berpegang kepada perkataan "rileks² suda". Haiyooo...susah woo. Disebabkan mereka suka rileks² la yang membuatkan orang perempuan kadang² sakit jiwa raga jugak. Jadi..orang perempuan tak teragak² la mendesak abang² macho semua.
Kami buat semua di atas adalah kerana bersebab..bukan saja suka². hehehee..peringatan kepada semua bakal2 isteri dan utk aku jgk...aku mmg suka membebel,ganggu org tido n mengutuk hobi dia...adusss...harap2 perangai dpt berubah...
Kami buat semua di atas adalah kerana bersebab..bukan saja suka². hehehee..peringatan kepada semua bakal2 isteri dan utk aku jgk...aku mmg suka membebel,ganggu org tido n mengutuk hobi dia...adusss...harap2 perangai dpt berubah...
1 comments:
ada gak lelaki yg mpunyai kelima5 tabiat tu.....menyampah sy....
Post a Comment